Friday, January 16, 2009

SPR Sahkan Pegawai Pilihanrayanya Tidak Berkecuali


Akhirnya Pegawai Pengurus PRK Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim yang menjadi kontroversi ekoran dakwaan PAS bahawa beliau cuba merayu undi untuk calon BN bersetuju menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa serta merta jam 8.20 malam tadi. Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat berhubung keputusan Mat Razali itu dan setelah menimbangkannya, SPR bersetuju untuk menerima penarikan diri tersebut. Justeru, SPR telah melantik Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru menggantikan Mat Razali.


Penarikan diri Mat Razali itu mengesahkan dakwaan PR sebelum ini yang menyatakan bahawa pegawai SPR tidak berkecuali dalam menguruskan pilihanraya di negara ini. Kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya baru, Wan Mustafa Wan Hassan diharap beliau tidak akan memihak kepada mana-mana parti dalam pilihanraya kali ini. Menang kalah adalah adat pertandingan. Berjuanglah seperti jantan, jangan pukul belakang. Biarlah rakyat yang menentukan sendiri pilihan mereka. Berilah sedikit ruang kepada demokrasi yang pemimpin kita agung-agungkan itu untuk bernafas.

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.