Saturday, January 17, 2009

Sudah 2-0, Mampukah BN Bangun lagi?


Ketika ramai yang meramalkan PAS akan menang selesa dalam PRK Kuala Terengganu, saya tidak berani menjadi tok nujum. Dalam PRK memang saya tak berani meramal. Saya selalu percaya kepada teori 3M. BN ada advantage 3 M (money, media and machinery) yang membolehkan mereka menang dalam kebanyakan PRK. Malah di kawasan kubu PAS seperti Pendang pun BN pernah menang dalam PRK. Begitu juga Ijok, BN menang dalam PRK. Tapi bila tiba PRU BN tewas di Pendang dan Ijok kerana teori 3M sukar dilaksanakan secara meluas.

Apa lagi di kawasan Kuala Terengganu yang sebelum ini menjadi milik BN, lagilah saya tak berani meramal siapa menang. Ada orang kata gelombang tsunami politik masih kuat, justru Kuala Terengganu akan menjadi milik PAS. Tetapi saya masih tak berani meramal PAS menang kerana dalam PRU dulu badai tsunami hanya melanda negeri-negeri di pantai Barat sahaja, manakala Terengganu tidak berubah.

Saya cuma sedikit yakin PAS akan menang dalam PRK Kuala Terengganu sehari sebelum hari mengundi selepas mengumpulkan beberapa maklumat dari perisik-perisik siber. Tapi saya percaya jika menang pun majoriti tidak akan lebih dari 300 undi. Slim majority! Biarlah orang kata PAS boleh dapat majoriti 2,000 atau majoriti 4,000 saya sukar nak yakin. Setakat majoriti 300 bolehlah kata saya.

Justru bila saya terlihat berita dalam blog pro-PR sejak lepas Maghrib bahawa PAS telah menang saya masih teraba-raba pengesahan dalam TV. Tapi TV kita lembab sungguh. Bila sesudah berita 8 malam masih tidak ada berita di TV barulah saya semakin yakin PAS yang menang. Jika BN menang TV kita yang lawak itu pasti akan buat siaran langsung dari pusat penjumlahan undi. Bila tiada siaran langsung bermakna PAS menanglah. Dan berita kemenangan PAS diperkuatkan apabila edisi internet Star, Berita Harian dan Utusan membawa berita kemenangan PAS dengan majoriti 2,631 dan ketika itu barulah saya percaya sepenuhnya!

Dulu, di Permatang Pauh PKR menang besar. Ketika itu orang kata PR sudah menang 1-0. Hari ini PR menang lagi di Kuala Terengganu menerusi PAS. Kini keputusan sudah jadi 2-0. Cuma dalam hati saya tertanya-tanya dah kena 2-0 boleh bangun lagi ke? Banyak pasukan bola seperti Kedah kini atau Selangor suatu masa dulu bila sudah kena 2-0 tidak dapat bangun lagi. Mereka akan terus tewas, tewas dan tewas lagi kecuali pengurusannya ditukar baru ada sedikit perubahan.

Syabas kepada rakyat yang berani buat keputusan. Majoriti 2,631 terlalu besar dalam PRK di sebuah negeri yang diperintah BN. Syabas kepada SPR yang berjaya kendalikan pilihanraya tanpa peristiwa besar. Harap PR jangan berpesta sakan dengan kemenangan sebenar yang masih jauh di depan. Kepada BN harap jangan jemu belajar. Orang kata kita boleh buat silap sekali atau dua kali. Jika buat silap tiga kali berturut-turut kita pasti rebah untuk tidak bangun lagi.

- pendikar gunung kriang

2 comments:

Ali Abdullah said...

Salam PGK,

Ini cumalah ujian yang sedikit sahaja yang diberikan Allah kepada PAS untuk melihat sejauh manakah ketelusan pemimpinnya menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada penduduk setempat.

Harus diingat seperkara. Rakyat tetap akan melihat sekalipun PAS menang dengan bergaya pada PRK kali ini. Terengganu pernah diperintah PAS namun berjaya dirampas kembali oleh BN akibat kegagalan dalam pentadbiran PAS pada masa itu.

Tugas PAS akan menjadi lebih berat. Ia bukan bererti PAS cuma sekadar duduk dengan mengecapi kemenangan. Yang pasti ia tidak akan kekal kerana semuanya bergantung kepada mood penyokong.

pendikar gunung kriang said...

Setuju dengan apai. Biar siapa pun kita, BN atau PR atau bukan BN tapi bukan PR; agenda memartabatkan agama dan negara perlu diteruskan dengan cara tersendiri dan terupaya.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.