Thursday, January 15, 2009

Surat Anwar Kepada Mahathir - Aaiik, Tak Nampak Macam Surat Rayuan Untuk Berdamai Pun!!

Dalam beberapa hari ini, Ezam Mohd Noor beriya-riya sangat menyatakan dia akan mendedahkan surat Anwar kepada Dr Mahathir yang dikatakan mengandungi 'rayuan' Anwar untuk berdamai dengan Dr Mahathir yang dibuatnya hanya seminggu selepas beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ezam menyatakan Anwar tidak mempunyai pendirian kerana dalam surat bertarikh 8 September 1998 itu dia "merayu untuk berdamai" dengan Mahathir, pada hal sebelum itu Anwar bukan main lagi mengkritik Mahathir.

Dan malam tadi di hadapan 300 penyokong setia BN di Markas BN Kg Kubang Parit, Wakaf Mempelam, Ezam muncul membawa surat misteri itu. Surat bertulis tangan yang diyakininya boleh memalukan Anwar, mengaibkan Anwar!

Namun akhirnya orang ramai yang mengikuti bacaan surat yang begitu syahdu daripada Ezam nampaknya kecewa kerana surat itu tidak nampak pun ada unsur-unsur 'rayuan' dan 'ingin berdamai'. Puas dipasang telinga, tiada sedikit pun perkataan yang menunjukkan Anwar membuat rayuan dan ingin berdamai dengan Mahathir. Tiada perkataan yang menjurus ke arah maksud itu, seperti misalnya, "Saya merayu kepada Datuk Sri agar....." atau"...Saya harap Datuk Sri dapat melupakan sengketa lama dan kita kembali berdamai" dan sebagainya. Jika pun dikatakan agak mirip kepada rayuan pun ialah permintaan ibu bapa Anwar yang berharap agar anak angkat mereka (maksudnya Sukma Dharmawan) yang tiada kaitan dengan kes Anwar tidak diapa-apakan, tidak ditahan.

Selebihnya surat itu tidak sedikitpun menyentuh mengenai apa-apa rayuan dan apa-apa usaha untuk berdamai dengan sesiapa. Ia seperti surat biasa seorang anak kepada ayahnya, seperti surat biasa seorang yang lebih muda kepada seorang yang lebih tua dengan madah yang mudah, sopan dan penuh hormat.

Surat Ezam kepada Anwar itu nampaknya tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap Anwar. Patutlah Anwar rileks dan tersenyum saja dengan ugutan Ezam kerana dia sudah tahu ia cuma seperti ugutan kanak-kanak kecil yang belum bersunat. Di sinilah tampak kelebihan Anwar yang tidak terpesona dengan politik sampah jalanan. Nampaknya Ezam perlu lebih banyak belajar untuk menjadi manusia yang dihormati agar penampilannya tidak lagi kelihatan sebagai pelawak politik.

Saya tumpang simpati kepada Ezam yang datang dari jauh untuk membongkar sekeping surat yang tidak ada nilai apa-apa itu. Dalam hati saya tertanya-tanya: Mungkinkah Ezam telah tersalah bawa surat? Atau dia terjumpa surat lama di dalam bakul sampah rumah Anwar 10 tahun dahulu yang Anwar buang dan tidak jadi menghantarnya, lalu Ezam menyimpannya untuk kenangan?


Kalau tidak percaya, anda bacalah sendiri kandungan surat itu. Selepas membacanya anda mungkin seperti 300 orang yang mengikuti ceramah Ezam malam tadi yang sangat kecewa kerana tidak nampak apa-apa yang istimewa dalam surat itu yang boleh dijadikan modal kempen PRK Kuala Terengganu.

Nampaknya Ezam perlu tunggu satu lagi pilihanraya kecil untuk mendedahkan sesuatu yang lebih signifikan bagi menghancurkan kerjaya politik bekas bossnya itu. Mungkin lepas ini dia akan bawa kain pelikat, singlet atau seluar dalam Anwar yang koyak rabak dan sudah tidak digunakan lagi bagi membuktikan kepada rakyat betapa selekehnya Anwar dan tidak layak menjadi Perdana Menteri!

SURAT PENUH ANWAR KEPADA DR MAHATHIR:-


YAB Dato Seri Dr Mahathir.
Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat, khususnya Azizah yang sentiasa di samping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Dato Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.
Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.
Salam saya dan Azizah kepada Dato Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.
8 September 1998

-pendikar gunung kriang

3 comments:

perunding said...

tko msih tak ok ke?

ezam tu setakat ceramah dlm markas tak ke mana.

pendikar gunung kriang said...

perunding,

Berdoalah kita supaya TKO tak kena serang lagi. Berilah sedikit ruang utk rakyat bersuara di bumi bertuah ini. Sedikit aje, bukan nak luak pun...

taipingmali said...

kalau dapat copy anwar kepada Tun sebelum dipecat lagi menarik,,,dulu ada dibuang2...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.