Saturday, January 10, 2009

Tak Kan Kerana Kagumi Hizbollah Pun Boleh Jadi Syiah?

Ada seorang rakan yang mengenali identiti pendikar gunung kriang saya menghantar SMS berbunyi, "Dah jadi Syiah ke?". Pada mulanya saya tak faham apa maksud SMSnya itu. Kemudian baru saya tahu rupanya soalan itu diajukan kerana dalam blog saya kelmarin ada artikel yang memuji Hizbollah sedikit.

Aiiik...tak kanlah kerana memuji Hizbollah sedikit dah jadi Syiah, fikir saya! Memang dalam isu serangan Israel ke atas Gaza ini, saya berharap rakan Arab mereka akan membantu. Apabila Hizbollah mula menghalakan roketnya ke utara Israel 2 hari lepas saya berharap ia akan membawa sesuatu signifikan terhadap perang itu. Hizbollah yang mempunyai kelengkapan persenjataan yang lebih dari Hamas berupaya menimpakan bencana yang lebih kepada negara Zionis itu berbanding Hamas.

Saya memang mengkagumi pihak mana saja yang mempunyai keberanian menentang zionisme dan imperialisme tanpa mempeduli siapa mereka. Dan mengkagumi tidak bermakna kita menganut kepercayaan mereka. Jika ditanya antara Hosni Mubarak yang Islam itu dan Hugo Chevez presiden Venezuela yang Kristian itu, mana yang lebih saya kagumi, jawapan saya sangat jelas dan muktamad: saya seribu kali lebih mengkagumi Chevez. Apabila saya mengkagumi Presiden Hugo Chevez yang Kristian itu kerana kelantangannya mengkritik Amerika, itu tidak bermakna saya ini Kristian. Begitu juga jika ditanya antara Pak Lah atau Najib yang Sunnah itu dengan Ahmadeenejad yang Shiah, siapa yang lebih dikagumi, saya pasti menjawab bahawa saya lebih mengkagumi singa (Ahmadeenejad) berbanding harimau kertas (Pak Lah dan Najib). Jawapannya itu jelas dan sangat muktamad!

Membaca SMS rakan saya itu mengingatkan saya kepada suatu artikel di dalam suatu blog yang mengecop Mat Sabu sebagai Syiah semata-mata kerana dia suka memuji Iran dan revolusinya. Kemudian saya teringat fanatik bola yang begitu mengkagumi pasukan MU, Chealsea, Arsenal, Barcelona atau Real Madrid. Jangan pula nanti ada yang tuduh peminat-peminat bola kita yang beragama Islam itu Kristian hanya kerana mengkagumi kelab Inggeris dan Sepanyol berbanding kelab kerdil kita!


Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

perunding said...

kalau India ke Mynmar ke lawan Israel,saya sokong mereka.

Ali Abdullah said...

salam,

Saya juga memuji tindakan sesiapa sahaja yang menentang Regim Zionis tak kira walau Amerika sekalipun. Mana-mana negara kejam yang menjahanamkan orang lain dengan membunuh rakyatnya yang tidak berdosa, kita tentang waima pun sampai terpaksa bergabung dengan pakatan orang kafir, asal dapat menumbangkan mereka.

Itu bergantung dengan nawaitu kita. Jika kagum itu betul pada tempatnya, insyaallah itu tidak akan merosakkan pendirian kita. Jika sehingga tahap memuja, seperti memuja pemain bola inggeris sudah pastilah ianya akan merosakkan diri kita sendiri. Akibatnya sebilangan besar kita memandang rendah kepada kemampuan pemain negara sendiri.

Kita minta dijauhkan jika ada orang islam menyanjungi amalan agama lain. Itulah yang terkeji sebenarnya. Perjuangan menentang keganasan Yahudin oleh pejuang Hizbolah sebenarnya atas dasar kemanusiaan yang dilakukan oleh mereka kerana simpati dengan nasib rakyat Palestin lagipun ia disebabkan dendam terhadap Israel.

Tidak salah kita menyokong mereka kerana ia bukan bermakna kita sokong perjuangan agama mereka. Cuma jangan sehingga melibatkan diri secara terus dengan amalan dan ibadah mereka, itu saja...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.