Wednesday, January 14, 2009

Terdesak Sangatkah BN Sampai Kena Buat Kerja Budak-Budak?



Tranungkite melaporkan Jentera Pilihanraya PAS PRK 036 telah mengesan satu lagi taktik kotor yang digunakan oleh BN untuk mengelirukan rakyat : risalah Buletin Kuala yang dikeluarkan oleh PAS telah dipalsukan dengan mengubah isi kandungan dihelaian dalam dan belakang.

Risalah yang dikeluarkan oleh PAS mempunyai lambang bulan dan kotak yang dipangkah disebelah kanan atas. Sementara Risalah palsu itu pula mempunyai lambang bulan dan kotak yang kosong tanpa tanda pangkah di sudut yang sama. Oleh itu, orang ramai diminta berhati-hati dan meneliti risalah yang diedarkan. Cetakan dan rekabentuknya seakan-akan sama namun gambar dan penulisannya berbeda.

Kewujudan risalah Siri ke-3 Buletin Kuala itu didedah kan sendiri oleh Hj Wan Abdul Mutalib Embong, Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PRK036 Kuala Terengganu semasa sidang media di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai pagi tadi.

Menurut beliau lagi , risalah yang asal lebih besar sedikit saiz kertasnya berbanding yang palsu. Selain daripada itu risalah palsu tersebut dicetak menggunakan kualiti kertas yang licin/berminyak berbanding risalah asal tidak menggunakan kertas yang licin dan berminyak.

Soalannya di sini ialah terdesak sangatkah BN untuk mengekalkan kerusi Kuala Terengganu itu hingga perlu buat kerja yang hanya sesuai untuk kanak-kanak hingusan yang nakal sahaja itu? Tidak bolehkah buat kerja yang nampak profesional sedikit? Mengapa perlu mereka merendahkan imej diri sendiri demi untuk sebuah kemenangan yang belum pasti?

BN sudah ada TV, ada radio, ada akhbar; oleh itu mereka tidak perlulah buat kerja-kerja yang hanya menunjukkan kepandiran diri sendiri sahaja itu. Banyak lagi yang boleh dibuat di Kuala Terengganu selain dari menipu orang. Jika datang ke Kuala Terengganu dengan misi untuk menipu, bukankah lebih baik pulang sahaja? Rakyat telah matang, berilah peluang mereka menetukan pilihan sendiri tanpa dipengaruhi oleh fakta-fakta palsu.

- pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.