Tuesday, January 13, 2009

Wan Farid: Dah Le Sombong, Pengecut Pula!!



Rakyat Kuala Terengganu nampaknya terpaksa kempunan untuk mengikuti debat mengenai isu royalti minyak di antara calon BN Wan Farid dengan calon PAS Wahid Endut yang dijadualkan pada hari Khamis ini. Tajuk debat ialah, "Betul Ke Wang Royalti dikembalikan Kepangkuan Kerajaan Negeri Terengganu?". Debat yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang berpusat di Terengganu bergelar Majlis Perpaduan Rakyat Terengganu (MAMPAT) ini bertujuan untuk menjelaskan kepada rakyat Terengganu bentuk dan cara mana wang royalti dikembalikan sepenuhnya dari Kerajaan Persekutuan khasnya Kementerian Kewangan dan Petronas kepada negeri Terengganu.

Namun berita terbaru, Wan Farid menyatakan beliau tidak akan menghadiri debat itu. Ini kerana kata beliau isu royalti minyak itu telah selesai.

Entah apa yang dikatakan "selesai" oleh Wan Farid itu tidak tahulah. Yang kita tahu banyak perkara yang masih menjadi tanda tanya berhubung isu royalti minyak di Terengganu itu, termasuk berapa wang royalti yang telah diterima dan dibelanjakan semenjak 2004 sehingga sekarang, di mana RM3 billion wang royalti yang pernah dikatakan 'hilang' atau 'tidak dapat dikesan' itu berada kini, benarkah wang royalti Terengganu juga disalurkan kepada negeri-negeri lain dan jika benar mengapa ia dilakukan, benarkah wang royalti juga digunakan untuk membina projek-projek Kerajaan Persekutuan termasuk Lapangan Terbang dan Lebuhraya Pantai Timur yang sepatutnya dibiayai menerusi dana Kerajaan Persekutuan dan banyak lagi isu yang melingkari minda dan perlu diperjelaskan kepada rakyat.

Apabila calon PAS Wahid Endut tanpa ragu-ragu menyatakan kesediaaan menghadiri debat itu, pendirian terbaru calon BN Wan Farid untuk tidak hadir sangat dikesalkan. Tidak tahulah mengapa calon BN yang sering digambarkan sebagai sombong itu enggan hadir. Apabila beliau enggan hadir maka persepsi umum bahawa beliau sombong akan lebih meyakinkan pengundi. Bagi mereka yang tidak percaya Wan Farid sombong pula boleh membuat rumusan lain tentang keengganannya menghadiri debat, misalnya menganggap beliau sebagai pengecut. Bagi kebanyakan orang mereka mungkin boleh menerima jika dianggap sombong tetapi sangat marah bila digelar pengecut kerana ia ada hubungan dengan maruah seseorang. Tapi bagi Wan Farid mungkin lain pula. Beliau mungkin lebih rela digelar pengecut dari digelar sombong. Atau mungkin juga Wan Farid memang memiliki kedua-dua sifat itu - sombong dan pengecut!!

Mungkin keputusan untuk enggan menghadiri debat itu bukan pendirian asal Wan Farid tetapi ia diputuskan oleh pucuk pimpinan parti yang memang menyedari ia tidak menguntungkan BN. Kalau debat dijalankan pun ia hanya akan memalukan BN sahaja, lebih baik malu sekarang dari ditimpakan malu yang lebih besar. Namun bagi orang ramai, bagi pengundi, siapa yang putuskan jangan berdebat adalah tidak penting. Yang penting calon BN takut berdebat. Bila Wan Farid enggan berdebat, itu maknanya dia menyerah diri sebelum berjuang. Dan hanya si-pengecut sahaja yang akan bertindak sedemikian. Dan oleh itu jangan hairan jika selepas ini ada pengundi yang akan berbisik,"Dah le sombong, pengecut pula!"

Kesian Wan Farid. Apa nak buat, bukan salah ibu mengandung....


Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

perunding said...

tubuhkan satu pasukan untuk kejar betul duit royalti minyak rakyat terengganu ni.
seperti selangor tubuhkan selcat untuk kejar tikus makan duit dan bawak lari dalam Balqis.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.