Friday, January 2, 2009

WOOOW....DR MAHATHIR BUAT DUIT DALAM BLOG CHE DET

Kabarnya blog paling popular milik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjual ruangan iklan mulai tahun baru ini, khususnya untuk syarikat-syarikat kecil. Mengikut Malaysiakini, kadar yang ditetapkan untuk setiap iklan ialah antara RM300 hingga RM1,000 sehari, bergantung kepada jenis dan kedudukan iklan tersebut di dalam blog.

Pembantu khasnya Sufi Yusof memberitahu Malaysiakini hari ini, keputusan membuka iklan dibuat selepas meneliti permintaan-permintaan daripada orang ramai. Permintaan itu, katanya, berterusan apabila blog itu mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Untuk rekod, blog Dr Mahathir menerima rekod jumlah pengunjung sebanyak 10.9 juta sehingga 2008 – angka yang amat tinggi bagi sebuah blog yang baru tujuh bulan beroperasi.

Idea untuk mengadakan iklan bagi blog yang paling popular di Malaysia itu sangat dialu-alukan. Sekurang-kurangnya mantan Perdana Menteri itu dapat menggunakan baki pendapatan bersih dari iklan dalam blognya tersebut untuk sesuatu yang bersifat kepentingan umum dan kebajikan. Masih ramai mereka yang malang di Malaysia ini, termasuk mereka yang sengaja 'dimalangkan' oleh pihak berkuasa hanya kerana mempunyai pendapat yang tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan. Oleh itu, Dr Mahathir boleh menggunakan baki pendapatan bersih dari iklan itu untuk membantu pihak-pihak berkenaan supaya masa hadapan mereka lebih terjamin. Jika Dr Mahathir bersetuju dengan pandangan saya ini, antara golongan yang boleh disampaikan bantuan menerusi dana dari blognya ini ialah:

i) Mangsa-mangsa tragedi Mamali yang masih hidup atau waris-waris kepada mereka yang telah meninggal dunia

ii) Keluarga tahanan ISA yang sumber pendapatannya terjejas akibat penahanan suami/ayah/anak/waris tempat mereka bergantung harapan

iii) Dan lain-lain golongan rakyat yang menderita akibat beberapa dasar semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Oleh : pendikar gunung kriang

1 comment:

semutapi said...

Dr Mahathir memang pandai buat duit. Masa masih jadi PM pun pandai buat duit, bila bergelar mantan PM pun masih pandai buat duit.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.