Monday, February 9, 2009

Apa Makna Kehadiran 70,000 Rakyat Di Kediaman MB Perak?


Seramai 70,000 orang membanjiiri ceramah perdana di kediaman Menteri Besar Perak sebentar tadi. Antara yang berucap ialah Nizar selaku MB (mereka kata mantan MB) dan Anwar Ibrahim (kita kata mantan Timbalan Perdana Menteri). Apa maknanya kehadiran rakyat seramai itu? Apa maknanya 70,000 orang mengorbankan malam berharga bersama keluarga di rumah tetapi memilih berasak-asak di kediaman MB? Apa maknanya apabila rakyat berbilang kaum hadir dalam ceramah itu?

Maknanya masih ramai yang percaya PR dipihak yang benar. Maknanya sendawa Utusan Malaysia, Berita Hairan, TV3 dan RTM yang berkata BN dipihak yang benar hanya layak diketawa tapi tidak layak dipercaya. Maknanya ramai yang percaya jika esok pilihan raya diadakan di Perak, PR bakal menang besar. Maknanya jika BN tidak rampas kuasa pada 3 hari lepas, mereka tidak berpeluang lagi untuk berkuasa secara sah. Maknanya di Perak kini ada 2 MB - MB pilihan parti yang dipilih rakyat dan MB pilihan junta diketuai Najib.

Itu maknanya yang rakyat faham dengan kehadiran 70,000 orang itu. Itu maknanya manifestasi kehadiran seramai 70,000 orang itu. Nak cari makna lain, boleh juga. Mintalah BN kumpulkan 70,000 orang dengan peserta dibekalkan duit poket, makan percuma dan tambang bas percuma seperti yang lazim dilakukannya. Jika dapat kumpulkan 700 orang sudah dikira bernasib baik dan menakjubkan!

Oleh: pendikar gunung kriang

6 comments:

Apai Ngelai said...

Angka yang paling diragui rakyat Perak sendiri. sudah menjadi budaya Pakatan Rakyat untuk menwujudkan keadaan tidak stabil dalam politik negara. Pelabur asing lari, rakyat hilang pekerjaan, penyangak dan penghasut politik membiak dan negara jadi kucar-kacir.

akhirnya Pakatan Rakyat pun menaaaaaaaang! Dan Anwar, LimKSiang, Tuan Guru's dan karpal singh pun tersenyum bangga kerana dapat jua akhirnya mengangguk di air keruh.

Lalu kedengaranlah sorakan dan bingitan pekikan kegembiraan rakyat pakatan yang serba sementara... Allaaaaahuakbar!!! Mungkin karpal dan limkitsiang ketika itu pun ikut bertakbir, kerana terharu.... Bahagia sungguh waktu itu...! Bangga!!! Wakakaka

Selepas itu, rakyat akan mula melalui satu pengalaman. Pengalaman buat orang melayu yang selama ini berjaya diperbodohkan hasil dari kebodohan sendiri. Kaum yang paling 'maju' dan paling 'komited' (pastinya bukan melayu, kerana melayu pakatan adalah PEMALAS dan suka berkhayal) akan melobi pentadbiran kerajaan pusat.

Melayu akan dipersalahkan kerana menjadikan negara malaysia mundur dan penyebab keadaan ekonomi meleset. Lalu lahirlah satu bangsa gagah dan negara perkasa di bawah pentadbiran DAP. Bangsa Malaysia satu bahasa, satu agama. Melayu hanya akan tinggal sejarah dalam pelajaran akdemik murid-murid tahun 1 dan tahun 2. Melayu kita akan menjadi melayu Singapura.. Tahniah!!!

anakmelayuperak said...

assalamualaikum..
70000 atau 100000 yang datang di perhimpunan MB yang menentang sultan tu ialah melayu bodoh yang datang dari luar perak yang tidak tau tentang perak..ni orang perak tulin nak bagitau...

sebelum pilihanraya PRU12, PR menang di perak..kami semua xde masalah sebab kami andaikan melayu memerintah, MB nizar..tapi bila kami tengok bilangan exco majoriti cina, melayu hanya 3 ( Pas 2, pkr 1 ) kami melayu perak tidak suka bumi melayu tergadai..ni ke dikatakan adil??? kenapa tidak letak bilangan exco sama banyak??? yang menyokong semua kena bodoh oleh MB nizar dan DAP..itu yang membuat kami melayu perak tulin mula meragui kerajaan perak dahulu ( MB nizar )..guna akal le..jangan cakap diri melayu kalo bangsa melayu sendiri tak dapat dipertahankan. kuasa melayu tidak dipertahankan..yang dilaungkan sekarang,. pemimpin islam ( MB Nizar )..tapi apa guna??andai berlaku undian...majoriti le menang..so alhamdulillah skrg BN memerintah yang kalo korang tgk dalam tu majoriti melayu, 1 dap...kenapa selama ni..masa DAP menguasai exco..PAS dan PKR tidak membantah dan melaungkan ALLAHUAKBAR sambil berarak??...tu namanya bodoh n buta tuli dalam menyokong. Menyokong MB nizar umpama menyokong cina. MB nizar bukan taknak turun tapi...keliling dia geng DAP yang tak benarkan dia berbuat demikian demi...secara logik??...mesti ada yang disembunyikan..hanya MB nizar dan DAP je yang tau.....ORANG MELAYU BESUT, KELANTAN, KEDAH, PENANG YANG IKUT BERARAK TU..BUKA MATA...JANGAN JADI MACAM LEMBU...IKUT JE..GUNA AKAL YANG ALLAH SWT BERIKAN PADA KITA TENGOK...

gotahlantun said...

EDEN RASA DARI ATAS SAMPAI KEBAWAH.......,
SEMUANYA BANGANG BELAKA...

anakmelayuperak said...

nama pun gotahlantun...tu yang xde akal menilai baik buruknya...orang yang bangang memang tak pernah mengaku diri bangang dan selalu menyalahkan orang...tapi hakikatnya..bila sudah tergadai...mula lah kata...takdir dan berserahlah...tu lagi bangang...berserah tanpa usaha

pendikar gunung kriang said...

T. kasih kerana meluangkan masa berharga anda untuk memberi komen. Tak kiralah komen positif atau negatif, ia dialu-alukan. Kita kan negara demokrasi seperti yg pemimpin-pemimpin kita katakan. Jadi kebebasan bersuara dialu-alukan dalam blog ini, asalkan jangan komen yg menghina agama.

Negara kita negara demokrasi. Yang mendukacitakan cuma apabila ada pihak yg tidak menghormati demokrasi. Lain parti yg rakyat pilih, lain parti pula yg tiba-tiba dipaksa mewakili rakyat. Pilihan rakyat tidak dihormati. Mulut mengagungkan demokrasi, tangan menghina demokrasi. Lawak sungguh!

gotahlantun said...

SALAM,

ANAKMELAYUPERAK JEMPUT DATANG KEBLOG EDEN....SELEPAS TU..SUKOHATI KAULAH NAK CAKAP APO....

KALAU DATANG, BAWAK2LAH KETENANGAN DAN BUKAN BARA2 API.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.