Wednesday, February 4, 2009

Berita-Berita Dari Perak

1. KENYATAAN DARI MENTERI BESAR PERAK MENGENAI RAMPASAN KUASA BN:

Saya telah meyembahkan permohonan kepada Sultan melalui peruntukan undang-undang yang ada sebagai " leader of the house", namun saya fikir apa-apa yang diperlukan oleh Sultan maka Sultan ambil masa dan menagguhkan keputusannya. Demikian antara kenyataan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di Pejabat PAS Perak di sini.

"saya akan menjalankan tugas seperti biasa sebagai Menteri Besar"

Ir. Nizar menyifatkan UMNO cuba merampas hak rakyat, dan memohon sekiranya berlaku Piliharaya supaya rakyat memberi majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat.

"Saya akan akur kepada apa saja keputusan Taunku, dan perbincangan dengan Tuanku cukup baik dan Baginda ada membacakan ayat Al Quran 'Sesungguh Allah bersama orang yang sabar' " Jelas Nizar.

Ditanya mengenai ADUN Bota, Nasaruddin Hashim yang telah menyeberang kembali kepada BN, Nizar mengatakan ini adalah satu konspirasi yang besar. Jika sekiranya ada unsur paksaan itu adalah satu penainayaan kepada Nasaruddin dan orang Bota.

"Kita sekarang adalah kerajaan minoriti dan saya berharap tidak ada huru-hara dan sebagainya" jelas Nizar.



2. KERAJAAN PR PERAK MASIH SAH HINGGA KINI


Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat masih sah sehingga Sidang Dewan Undangan akan datang sehingga dewan yang ada sekarang dibubarkan atas kehendak YAB Menteri Besar bersama ADUN yang ada sekarang, atau dibubarkan atas kehendak dan Perkanan DYMM Tuanku atau ada usul tidak percaya dalam dewan dalam sidang akan datang akan datang .Demikaian kenyataan dari Pengarah Jabatan Piliharaya PAS Negeri Perak yang juga AJK PAS Pusat, Hj. Asmuni Awi semasa ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak di sini.

Sidang Dewan akan datang dijangka seawalnya pada bulan April.

Asmuni memberi contoh apa yang berlaku di Kanada, Itali dan Israel sering berlaku kerajaan minoriti dan inilah yang berlaku di Perak sekarang ini.

"Dengan itu Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat akan kekal sehingga ianya di tentukan oleh tiga keadaan diatas." kata Hj. Asmuni yang juga merupakan seorang peguam.

(Sumber: Blog Cina Islam)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.