Thursday, February 5, 2009

BLACK FEBRUARY: Hari Ini Demokrasi Telah Dimakamkan Di Perak!!


Akhirnya baginda Sultan Perak memutuskan DUN tidak perlu dibubarkan. Pasti baginda membuat keputusan tersebut selepas memikirkannya dari pelbagai segi.


Selamat datang BN ke Perak, selamat datang sebuah kerajaan goyah yang hanya punya majoriti 3 kerusi. Jika punya banyak wang boleh shopping lagi, tentu masih ada dari kalangan PR yang ingin melompat untuk masa depan yang lebih cerah di dunia fana ini.

Selamat datang BN ke Perak, selamat datang budaya rampas kuasa, selamat datang budaya membelakangkan suara rakyat, selamat datang politik Machievelli.

Selamat tinggal demokrasi, selamat tinggal suara rakyat.

Lepas ini tidak perlu kita adakan lagi pilihanraya di negara ini, kita pilih saja parti menerusi pertandingan lompat-lompat: siapa paling tinggi lompat boleh jadi Wakil Rakyat!!

Today is BLACK FEBRUARY. Black February for democracy. Black February for people.

Lalu sejarah mencatatkan: pada hari ini demokrasi sudah dimakamkan di Perak.


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.