Sunday, February 15, 2009

Bukan Letak Jawatan, Tok Guru, Tapi Bubarkan SPR!

mStar Online melaporkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melepaskan jawatannya jika terbukti penetapan tarikh pilihanraya Bukit Gantang dan Bukit Selmbau didalangi kerajaan BN. Nik Aziz berkata, ia seolah-olah membuktikan BN mempunyai kuasa terhadap SPR bagi menetapkan tarikh mana-mana pilihan raya.

"Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung Umno?," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Itu kata Tok guru. Jika ditanya saya, saya akan berkata saya tak setuju dengan pandangan Tok Guru. Apa guna Tan Sri Abdul Aziz meletak jawatan jika penggantinya juga mengurus SPR dengan kaedah yang sama seperti Pengerusi-Pengerusi yang lalu? Ramai yang berharap pengganti Tan Sri Rashid ini berbeza, tapi jika beliau masih sama, ia menunjukkan bahawa letak siapa pun SPR tetap akan berjalan di atas landasan yang sama. Bagi saya yang patut letak jawatan bukannya Pengerusi SPR, tapi SPR itu sendiri yang patut letak jawatan. Maksud saya, bubarkan SPR, gantikan dengan organisasi baru yang lebih berwibawa dan bebas yang tidak terletak di bawah mana-mana telunjuk mana-mana pemimpin politik yang selama ini bertindak sebagai 'tangan ghaib' mempengaruhi keputusan SPR.

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

gotahlantun said...

KALAU KITA BAGUS,
BILA2 PUN BOLIH PILIHANRAYA.. TAK PAYAH TAKUT,DAH PASTI MENANG..
SIAPA PUN YANG PEGANG BOS SPR DAN BILA PUN MASANYA TIADA MASALAH BAGI PARTI PAS..TAK GITU.???

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.