Wednesday, February 11, 2009

Bukit Selambau: Ramai Peminat, Bagai Anak Dara Sunti!!

Bagai anak dara sunti yang manis menawan dan menarik ramai jejaka! Itulah gambaran DUN Bukit Selambau kini. Walaupun Bukit Selambau di Kedah lebih diingati sebagai kawasan estet, tetapi tiba-tiba ia menjadi rebutan banyak pihak.

UMNO Bahagian Merbok hari ini mencadangkan agar calon daripada parti itu dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi DUN Bukit Selambau. Ketuanya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata kerusi DUN Bukit Selambau pernah diwakili oleh UMNO sebelum ia diberikan kepada MIC selama empat penggal. Memandangkan pengaruh MIC yang kian merosot beliau mencadangkan kerusi itu dikembalikan kepada UMNO.

Di pihak PR, dikatakan DAP dan PAS berminat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Setiausaha penganjur DAP Kedah, Teoh Teik Guan mengesahkan spekulasi yang partinya berminat untuk bertanding kerusi tersebut kerana calon DAP pernah bertanding di situ sebelum pilihanraya umum 2008. Antara calon yang disebut-sebut mewakili DAP ialah ahli seumur DAP, S Neelamekan, 49, yang dilahirkan di Pulau Pinang.

PAS juga difahamkan berminat untuk meletakkan calonnya bertanding yang berturunan India - Jegadeeson Thavasu - dari Sungai Petani. Beliau yang merupakan ahli kelab penyokong PAS di Kedah aktif berkempen untuk calon parti itu dan PR dalam pilihanraya umum lalu.

Tapi sama ada pilihanraya kecil bakal dilangsungkan atau tidak adalah bergantung kepada kata putus dari SPR. Jangan dok berangan-rangan hendak menyunting dara sunti, tapi akhirnya dimaklumkan anak dara sunti itu tidak akan dilepaskan atau dicuri dan disumpah oleh Sang Kelembai seperti ADUN Behrang dan Changkat Jering!!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

NAMA BUKAN MAIN GAH LAGI....

PENDEKAR GUNUNG LANCAU...
TETAPI PENAKUT..
INI LAST AKU NAK KOMEN KAT BLOG TAK GUNA IN INI, KALAU YANG INI PUN KAU TAK KELUIARKAN..AKU ANGGAP KAU MEMANG TAK DA BUAH PELIR...

TUTUP JER BLOG KAU NI KALAU TAK TAHAN KOMEN..

pendikar gunung kriang said...

anon,

Terima kasih di atas makian anda yg menghiburkan itu. Satu persembahan lawak jenaka yg boleh menandingi lawak slapstik Mr Bean!

Tapi jika anda menyimpan cita-cita utk menjadi manusia, cuba-cubalah menulis dlm bahasa manusia, agar anda akan kelihatan seperti manusia!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.