Thursday, February 5, 2009

C4 Ketiga Akan Diletupkan Di Kedah Pula?


Mendiang Altantuya telah diletupkan dengan bom berkuasa tinggi C4 beberapa tahun lepas. Hari ini Kerajaan Negeri PR Perak yang dipilih rakyat pula diletupkan dalam rampasan kuasa tidak berdarah diketuai oleh General Tak Bertauliah Najib. Hari ini digembar-gemburkan C4 ketiga akan diletupkan di Kedah pula dalam satu lagi rampasan kuasa tidak bermaruah!


Di Kedah PR memiliki 8 kerusi majoriti. Jika Najib ingin bershopping di Kedah beliau perlu pastikan 5 ADUN boleh dibeli. Sogokan? Jangan risau pasal ongkos, itu bisa diaturrr BN....Yang sukar ditentukan ialah sikap ADUN itu sendiri: ketaatan kepada Allah, kesetiaan kepada parti dan penghormatan kepada aspirasi rakyat.

Kerajaan-kerajaan Negeri PR lain juga terutama Selangor perlu berwaspada. Dalam dok kepung-kepung Kedah supaya tak diletupkan oleh Najib, tup..tup...Selangor pula yang diletupkan dengan C4.

Waspada PR. Jangan main-main dengan Najib. Lihat wajahnya yang kering itu, tidak ternampak sinar keperimanusiaan. Ingat ditangannya ada empat C4 lagi yang belum diletupkan!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.