Thursday, February 19, 2009

Foto Eli: Oooo, Jadi Namanya Hilmi Hazimin Malek


Sebelum ini ramai yang mengandaikan teman lelaki ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong (Eli) ialah dari kaum Cina. Tapi sekarang kita tahu nama teman lelaki Eli ialah Hilmi Hazimin Malek. Umurnya 34 tahun, tinggal di Ampang. Orangnya boleh tahan, tidak hairan jika wanita seperti Eli boleh tergoda dengannya.


Saya tidak kisah jika Hilmi berjaya menggoda Eli hingga jatuh cinta terhadapnya. Saya juga tidak kisah jika Eli yang terlebih dahulu menggoda Hilmi. Biasalah lelaki pasangannya wanita, wanita pasangannya lelaki. Tidak kisahlah dengan cinta berlainan kaum, kita perlu terima realiti negara ini negara multi racial. Lagi pun kata orang cinta itu buta. Malah jika Hilmi berjaya menarik Eli memeluk Islam, kita lagi bangga, bertambah seorang lagi umat Muhammad di dunia ini.

Tetapi jika Helmi berkawan dengan Eli, bukan dengan niat untuk membawanya memeluk Islam, tapi hanya untuk memeluk tubuh mongel wakil rakyat itu, itu kita tidak boleh terima. Kita juga tidak boleh terima jika berkawan sampai ke kamar tidur. Ia bukan sahaja tidak secucuk dengan budaya Melayu, tetapi menyimpang dari ajaran Islam. Malah jika tuduhan bahawa beliaulah teman lelaki Eli yang mengambil gambar Eli di dalam keadaan separuh bogel itu benar, ia suatu perbuatan yang sangat dikesalkan. Bukan sahaja sangat dikesalkan, malah patut dikutuk!

Ia patut dikutuk kerana yang melakukannya ialah orang Melayu beragama Islam. Jika yang melakukannya ialah orang Melayu beragama Islam, ia satu lagi episod yang memalukan penganut Islam. Sebelum ini orang Melayu beragama Islam sudah terkenal dengan pelbagai rekod kisah-kisah kehidupan tidak bermoral - penagih dadah teramai, perogol teramai, kes sumbang muhram teramai, pembuang anak sendiri teramai, peragut teramai, mat rempit teramai, penerima rasuah teramai dan banyak lagi kes-kes berkaitan jenayah di mana orang Melayulah jaguh segala jaguh.

Dan kini jika tuduhan terhadap Hilmi itu benar, maka bertambahlah satu lagi koleksi kehidupan tidak bermoral orang Melayu - mengambil gambar wanita tidur separuh bogel! Memang benar wanita itu juga salah kerana tidur dalam keadaan tidak berpakaian lengkap dan membiarkan rumahnya dimasuki oleh lelaki yang bukan saudara maranya, tetapi mengambil gambar orang dalam keadaan mengaibkan itu lagilah salah. Seseorang lelaki bermoral yang berhadapan dengan wanita dalam keadaan itu akan cuba melakukan sesuatu bagi menutup anggota bahagian yang terdedah itu, tetapi orang ini sebaliknya merakamkan keaiban itu untuk sesuatu tujuan yang dia sendiri sahaja mengetahuinya.

Semoga siasatan polis menunjukkan perbuatan mengambil gambar Eli itu bukannya angkara Hilmi. Jika ia angkara Hilmi, orang Melayu Malaysia sekali lagi telah mencipta satu lagi koleksi kehidupan tidak bermoral yang memalukan...

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

ali said...

ya memalukan seluruh umat melayu..skitpun i x rasa bangga dgn apa yg dia buat walaupun menjatuhkn mertabat PKR

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.