Tuesday, February 17, 2009

Foto Eli: Terhibur Dengan Lawak TV3


Tadi saya menonton siaran berita jam 8.00 malam TV3. Apa lagi berita utamanya, jika bukan kisah tidur separuh bogel ADUN Bukit Lanjan. Siap dengan gambar Elizabeth sedang tidur lagi, tapi cuma bahagian atas yang dipaparkan TV3. Nasib baiklah yang menyimpan gambar bertaraf 'tidak bermoral' itu TV3, jika pihak lain, silap-silap kena tangkap kerana menyimpan gambar lucah.


Yang menarik perhatian saya ialah apabila TV3 dalam analisis beritanya membandingkan kes Elizabeth dengan kes 2 orang lagi tokoh politik yang terpaksa meletakkan jawatan kerana melakukan perbuatan 'tidak bermoral'. Mereka yang dimaksudkan ialah bekas Speaker Dewan Rakyat, Vijandran, yang terpaksa meletak jawatan kerana kes rakaman video lucah bersama teman wanitanya pada 1988. Yang kedua ialah kes Dr Chua Soi Lek yang juga terpaksa meletak jawatan selepas terbongkar rakaman video lucah bersama teman wanitanya.

Tentunya saja analisis berita TV3 yang cuba membandingkan kelakuan 'tidak bermoral' Elizabeth dengan Vijandran dan Soi Lek agak melucukan. Ini kerana gambar Elizabeth diambil ketika beliau sedang tidur, manakala video lucah Vijandran dan Soi Lek diambil dalam keadaan mereka sedar sepenuhnya apa yang dilakukan. Membandingkan tidur 'tidak bermoral' Elizabeth dengan hubungan sex 'tidak bermoral' Vijandran dan Soi Lek adalah tidak tepat, kecualilah jika Vajindran dan Soi Lek melakukannya dalam keadaan mereka tidur dan tidak sedar diri atau lebih tepatnya mereka melakukan perbuatan 'tidak bermoral' itu di dalam mimpi! Tetapi dua tokoh politik lelaki itu melakukan adegan sex itu dalam keadaan sedar, tetapi mengapa pula ia dibandingkan dengan wanita yang 'terdedah' dalam keadaan tidak sedar itu?

Kadang-kadang saya terfikir terhibur juga menonton TV3 ini, kerana lawaknya memang boleh tahan!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

alo bang? lu gila ka mau sokong? itu lelaki msk itu bilik awek kesygn lu pakai magic ka? mn buleh itu sama2 org itu duduk dlm bilik.. aiyo bang.. semoga tuhan menyedarkan kita yg mn ttp salah.. abang ini laie bikin lawak.. sudah tarak kenal mana elok mana tidak elok.. mana dosa mn tidak dosa.. abg jwb la sendiri.. ada juga ha orang melayu islam pulak tu mau sokong ini perangai buruk kasi jantan msk bilik tido sama bujang.. betul-betul ho liauuuuuuwww la lu abang....

Anonymous said...

lia punya agama kata tatak losa duduk lua-lua looo...yang losa itu kir toyol lo...culi duit lakyat banyak looo masa dia jadi MB. botul-botul hoooliauuu punya MB maaa

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.