Friday, February 6, 2009

Gawat...Gawat....Masjid Ubaidiah Diseliputi Asap Gas

Pertempuran antara penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa dengan pihak FRU masih berlangsung di sekitar Masjid Ubaidiah menuju ke Istana. Ada yang tidak dapat menahan marah dengan membaling beberapa objek yang ditemui ke arah polis.

Keadaan semakin gawat. Gawat...gawat.... Beberapa orang ditahan, manakala selebihnya masih cuba merempuh sekatan polis. Asap menyelubungi merata tempat.
Seramai kira-kira 5,000 orang masih berhimpun, termasuk wanita sekitar masjid dan jalan.

Daulat Tuanku, dapatkah Tuanku menyaksikan rakyat Tuanku yang tidak bersenjata ini sedang dikasari oleh pasukan keselamatan kita?
Mereka hanya mempertahankan suara mereka, tapi mereka dikasari. Dapatkah Tuanku melihatnya?

Tentu malam ini dalam siaran berita akan disiarkan peri seorang anggota polis FRU yang tercalar jarinya ketika memukul rakyat. Berita tentang rakyat yang tercedera dipukul belantan tidak akan kelihatan kerana ia tersembunyi di balik wajah FRU garang berbadan sasa
.











1 comment:

gotahlantun said...

sesuatu perkara bodoh yang telah anda lakukan.
menyusahkan orang lain dan termasuk diri anda sendiri..

tengok pemimpin anda??. keluar peluh pun tidak..
BANGGANG..!!!!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.