Sunday, February 15, 2009

Gaya Baru Bolasepak UMNO: Rembat Gol Ke Gawang Sendiri!!


Sudah lebih kurang 10 hari media arus perdana milik BN mempermainkan isu derhaka. Karpal Singh, Dato Seri Nizar dan PR diserang bertubi-tubi atas tuduhan menderhaka kepada Sultan Perak.

Akhbar-akhbar milik PAS dan PKR serta pengendali blog pro-PR pula mengimbas kembali penghinaan, cercaan dan makian berbisa UMNO sejak zaman Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak pada tahun 1970an hingga zaman pindaan perlembagaan yang melucutkan banyak kuasa Raja-Raja pada tahun 1983 dan 1993. Petikan penghinaan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap Raja-Raja dan gambar arkib akhbar-akhbar lama juga dipaparkan bagi membuktikan kepada rakyat betapa derhakanya pemimpin-pemimpin UMNO terhadap Raja-Raja Melayu.

Namun media milik BN seperti tidak memahami sejarah lampau mengenai penderhakaan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap Raja. Tidak pernah sekali pun mereka memaparkan sejarah kebiadapan dan penderhakaan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap Raja-Raja Melayu. Sebaliknya mereka terus mempermainkan isu derhaka tanpa menyebut realiti yang semua orang tahu bahawa UMNOlah yang sebenar jaguh derhaka, UMNOlah yang sebenarnya memulakan penderhakaan.

Hari ini saja dalam akhbar bernama Mingguan Malaysia -MM- (ada yang menggelarkannya 'Mingguan Meloya') terdapat beberapa tajuk mengenai derhaka ini yang jelas ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PR, antaranya:

i) Bertindak tangani penderhaka
ii) Bersatu hadapi samseng politik
iii) Hayati, taat titah Sultan Selangor
iv) Kenakan tindakan tegas terhadap penderhaka
v) Ambil tindakan segera (terhadap penderhaka)
vi) Sultan Selangor wajar murka (terhadap penderhaka)
vii) Kenapa takut bertindak (terhadap penderhaka)?

Yang ironinya ialah yang bercakap mengenai isu derhaka ini, yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap penderhaka ini, seperti yang tersiar dalam media ialah Sanusi Junid, Aishah Ghani, Sabaruddin Chik, Muhammad Muhd Taib dan Muhyiddin Yassin. Siapa tidak tahu bahawa ketika pindaan perlembagaan 1983 dan 1993 mereka ada jawatan dalam kerajaan, atau dengan kata-kata lain merekalah antara dalang yang terlibat menghina dan melucutkan banyak kuasa Raja-Raja. Dan Muhammad Taib, siapa yang dapat melupakan peranan beliau melarikan anak Raja sehingga menimbulkan kemurkaan yang amat sangat baginda terhadapnya?

Apabila membaca apa yang pemimpin-pemimpin UMNO itu ucapkan di dalam media, kita pasti tersenyum simpul kerana melihat penderhaka sendiri yang meminta tindakan tegas diambil terhadap penderhaka dan penderhaka sendiri yang mengecam dan menyelar penderhaka. Melihat aksi tidak tahu malu itu, hati pasti berkata: betapa hipokritnya mereka yang bergelar pemimpin ini, betapa hipokritnya!. Gelagat mereka bagaikan perompak yang baru merompak bank sambil menjerit, "Tolong...tolong...perompak!", sedang orang yang menyaksikannya tahu merekalah perompaknya.

Ketika pemimpin-pemimpin UMNO dengan angkuh meminta penderhaka dihukum dengan hukuman keras, mereka lupa rakyat yang tidak melupai sejarah memerhatikan tindak tanduk mereka. Mereka lupa ketika mereka sedang dengan sombongnya menyerang lawan, rakyat dapat melihat dengan jelas serangan yang mereka lakukan melantun balik ke muka mereka sendiri. Apa yang mereka katakan kepada pihak satu lagi, itulah yang sebenarnya pernah mereka buat sejak tahun 1970an, sejak hampir empat dekad dahulu dan diulangi lagi berkali-kali selepas itu. Mereka melakukan seolah-olah aksi pemain bolasepak yang bertubi-tubi menyerang, sayangnya bola yang dibawanya melantun ke dalam gawang sendiri.

Teruslah menyerang, teruslah menyerang wahai pemimpin UMNO, kerana ia pasti masuk ke gawang kamu sendiri. Dan di luar sana, rakyat sedang memerhatikan aksi pandir kamu, rakyat sedang mentertawakan kamu!!

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Anonymous said...

ABUK PUN TARAK...

KAU SYOK SENDIRI LAGI..

KAH KAH KAH

TENTERAMKANLAH HATI SENDIRI. HEHEHE...

Aduka said...

UMNO mudah lupa.
Baru 11 bulan lalu, puak-puak UMNO menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan menentang pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu.

Bukan setakat menentang tapi memanggil tuanku sebagai 'NATANG' dalam bahasa Trg, yang bermaksud BINATANG.

Atau adakah UMNO sudah nyanyuk ?

semutapi said...

Begitulah hebatnya UMNO main bola...asyik tendang ke gol sendiri. Patutlah Malaysia makin merosot dari tangga 161 ke tangga 163 dalam ranking fifa, kerana ia dipimpin oleh puak feudal dan politik yg telah luput tarikh itu.

UMNO oh UMNO, rakyat menjadi hakim kebodohan kamu. PRU ke-13 nanti siaplah kamu, hari pembalasan rakyat akan tiba.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.