Sunday, February 15, 2009

Ha...Ha...Ha...SPR Kata Pilihanrya Tak Sesuai Pada Bulan Mac!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri.

Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, 7 April 2009 merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.

"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan serta banyak aktiviti dijalankan," kata beliau kepada mStar Online lewat malam tadi.

SPR kata bulan Mac tidak sesuai diadakan pilihanraya kerana faktor keselamatan serta banyak aktiviti dijalankan? Keselamatan tu di bawah bidang kuasa SPR ke atau pihak polis? Tak dengar pun polis kata bulan Mac negara ini tidak selamat! Jika banyak aktiviti pada bulan Mac, apa aktivitinya, boleh SPR huraikan, tak fahamlah ambo!!

Pilihan raya umum pada tahun lepas itu diadakan pada bulan apa, ya? Bulan Aprilkah, bulan Meikah, wahai SPR?

Bagi mereka yang masih tak nyanyuk tentu masih ingat tarikh pilihan raya umum tahun lepas: 8 Mac 2008. Ya, ya, bulan Mac!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.