Tuesday, February 10, 2009

Hello Bro BN, Mengapa Takut Hadapi Kebenaran?

Kabarnya naskhah akhbar lidah rasmi PAS, Harakah dan akhbar milik PKR, Suara Keadilan untuk edaran ke beberapa negeri di utara Semenanjung, Perak dan Selangor telah dirampas pengedarannya. Dengan perampasan naskhah Harakah dan Suara Keadilan itu perkembangan terkini krisis politik Perak tidak dapat disampaikan kepada pembaca.

Arahan siapakah tindakan pengecut ini dibuat? Tak kan pula arahan Menteri Dalam Negeri yang selalu cakap kalam kabut tu? Tapi jika bukan arahan beliau atas arahan siapa pula? Arahan Pak Lah, arahan Najib?

Namun atas arahan siapa pun nampak jelas ia satu tindakan terburu-buru yang sangat pengecut. Sudahlah media arus perdana dikuasai BN, sisa-sisa penyampaian berita yang ada itu pun hendak dihapuskan juga? Mengapa takut jika rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku? Mengapa perlu takut kepada suara rakyat ketika kita selalu mendabik dada inilah contoh negara demokrasi yang perlu dicontohi dunia?

Bebaskanlah sisa-sisa suara rakyat, sisa-sisa kebebasan yang masih ada di bumi Malaysia ini. Janganlah disekat kebebasan menyampaikan berita. Berilah peluang rakyat mendapatkan berita dengan adil dan saksama. Janganlah menghina tahap pemikiran rakyat.
Dan berilah sedikit ruang untuk demokrasi bernafas di negara ini.


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.