Sunday, February 22, 2009

Kes Porno Anak Ketua SPRM: Jom Kita Buat Laporan Polis dan Laporan SPRM!!


Ini zaman orang gila buat laporan polis. Ini zaman orang gila buat laporan kepada SPRM. Sikit-sikit saman, sikit-sikit saman.

Sekarang saya rasa macam hendak buat saman malu terhadap anak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) yang bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID HAMDAN yang telah memalukan nama Malaysia di luar negara. Ahmad Shauqi yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara itu. Sungguh memalukan kerana ia dilakukan oleh anak seorang VVIP Malaysia yang begitu terkenal dan berkuasa!

Mengikut berita yang dipetik oleh KedahLanie dari Greenboc Ahmad Shauqi bin Ahmad Said, 25 tahun, kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang ke negara itu. Pegawai kastam Australia menahan Shauqi di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur. Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."

"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya dalam salah satu video tersebut.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menggantung Ahmad Shauqi yang nombor kakitangannya ialah 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Bagi sesetengah pihak mereka melihat apa yang menimpa Ahmad Said adalah seperti 'balasan tunai' daripada Allah terhadap keceluparan melampaui batas beliau akhir-akhir ini yang seperti bertindak melebihi kuasa yang ada di tangannya. Selain dari itu beliau dilihat bertindak berat sebelah dengan memejam mata terhadap kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin BN, sebaliknya hanya memberi tumpuan terhadap kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin PR. Kadang-kadang barangkali kita lupa, Allah tidak pernah tidur...

Yang menghairankan ialah berita penahanan anak Ahmad Said itu tidak tersiar di mana-mana akhbar arus perdana negara ini. Mengapa media arus perdana kita tidak perasan atau buat-buat tidak perasan dengan berita besar yang memalukan Malaysia itu? Bayangkan jika yang kena tahan itu ialah anak kepada salah seorang pemimpin PR, bayangkan, bayangkan.....

Apa yang dilakukan oleh anak Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sungguh memalukan Malaysia, sungguh memalukan! Dulu pada tahun 1986, mantan Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhd Taib pernah ditahan di Lapangan Terbang Brisbane kerana membawa wang tunai secara haram berjumlah 1.26 juta dollar Australia, kini selepas 23 tahun, sejarah memalukan Malaysia berulang lagi di negara yang sama. Sungguh memalukan!

Kerana ini adalah zaman saman menyaman dan zaman ramai orang gila buat laporan polis dan laporan SPRM, saya terfikir tidak ada siapa-siapakah yang bercadang hendak buat laporan polis dan laporan SPRM atas tindakan anak Ketua Pesuruhjaya SPRM yang memalukan dan menjatuhkan imej Malaysia itu? Jika tiada parti politik yang berminat membuat laporan kepada polis dan SPRM, apa kata kita rakyat yang prihatin dengan imej negara ini melakukannya?

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

Anonymous said...

NAK LAPOR TAK DE HAL...

TAPI MANA BUKTINYA???.

TAKAN DENGAN AIR LIUR JER...HARU NANTI.

Anonymous said...

Buktinya ialah laporan-laporan akhbar Australia dan keputusan mahkamah magistret Australia. Seperti juga kes saman Karpal dan Sivakumar, buktinya ialah percakapan mereka dlm akhbar dan media.

Anonymous said...

KWAH KWAH KWAH..

AJOKAN GILO..
ABIKAN BOREH YO..
ITU BUKAN BUKTI LA BRO..
ITU PERSEPSI JER..
BOLO..

Anonymous said...

Gilernya kamu, bro...dah dihadapkan ke mahkamah pun masih dianggap persepsi? Jadi kalu gitu, kamu pun manusia persepsi jugalah, manusia separuh hantu, bukan manusia sebenar macam aku? Dalam PRU ke-12 dulu kamu mengundi sebagai manusia persepsi jugalah yer...jadi pengundi hantu? Kamu sekolah dulu di mana bro, di sekolah persepsi di alam khayal itu ke?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.