Monday, February 2, 2009

Jadi Ke Tidak Jadi Letak Jawatan?


Mula-mula Speaker DUN Perak menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini. Tapi tak lama lepas itu Jamaludin menerusi Utusan Online menafikan dia meletakkan jawatan. Katanya surat yang dikatakan ditulis olehnya adalah surat aku janji yang ditandatangani pada Mac 2008. Walaupun menafikan meletak jawatan, tetapi beliau berkata dalam Malaysian Insider tidak akan berhijrah ke UMNO.

Mana satu betul nie, sekejap letak jawatan, sekejap tidak? Pening kepala kita memikirkan politik Perak. Patutlah blogger Nobisha kata panadol sudah habis di Ipoh!

Apapun, hanya SPR yang dapat mengesahkan sama ada pilihanraya akan berlangsung di kedua-dua kerusi DUN itu.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.