Monday, February 9, 2009

Janganlah Kematian Pun Dibuat Lawak, Bro!

Nak marah boleh marah. Nak sindir pun boleh sindir. Saya pun kadang-kadang marah. Saya pun gemar sindir orang.

Tapi menjadikan kematian sebagai satu jenaka tidak patut disokong. Itu kata hati saya apabila terbaca dalam satu blog yang menyiarkan kenyataan SPR bahawa kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang sebagai 'tidak sah' dan oleh itu tidak perlu diadakan satu pilihanraya kecil di Bukit Gantang.

Memang ramai yang rasa terkejut dan marah dengan keputusan SPR yang enggan mengadakan pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering tempoh hari. Tapi janganlah kemarahan terhadap SPR itu dijadikan bahan sindiran dan mengaitkannya dengan suatu kematian yang dikatakan tidak sah. Sedikit sebanyak ia akan mengguris hati keluarga si-mati apabila kematian diperolok, walaupun niatnya adalah untuk 'menembak' telatah pelik SPR.

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous. said...

Mungkin niatnya hanya ingin bergurau secara double meaning?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.