Monday, February 2, 2009

Jom Ziarahi Fauzi Sekarang Sebelum Dia Hilang Seperti Balasubramaniam


Pagi tadi, Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa dalam Surat Akuan Bersumpahnya bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti dengan habuan RM50 juta.

Kepada saudara mara, sahabat dan kenalan Fauzi, jika ada kelapangan ziarahilah Fauzi sebelum dia juga hilang tidak lama lagi. Jika ada hutang piutang, bolehlah diselesaikan sebelum wajahnya tidak kelihatan lagi di bumi Malaysia ini.

Janganlah jadi seperti Balasubramaniam yang buat Surat Akuan Bersumpah terhadap Najib dahulu. Selepas dia hilang baru saudara mara, rakan dan sahabat mencarinya atas pelbagai alasan. Bila sudah hilang dari Malaysia susah hendak ditemui lagi. Jadi sementara masih ada waktu dan belum hilang pergilah temui Fauzi segera. Manalah tau esok lusa nasibnya juga sama seperti Bala: hari ini buat Surat Akuan Bersumpah, esok buat penafian dan lusa lesap terus hingga kini.

Ingat, jangan main-main dengan Najib - dia bakal Perdana Menteri Malaysia, dia bakal menjadi orang yang paling berkuasa di Malaysia. Sebelum rasa menyesal, temuilah rakan kita ini segera.

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

perunding said...

cepat pasang built in alat pengesan dalam badan dia.

pendikar gunung kriang said...

Malam ni saya akan hantar satu set kat dia!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.