Wednesday, February 25, 2009

Sungguh Tidak Adil, Sogokan Untuk ADUN PR Kedah Cuma RM5 Juta, Tapi ADUN Perak Dapat RM20 Juta ~ Ruj Malaysiakini


Dua ADUN Pakatan Rakyat (PR) dari Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu untuk menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN). Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.


Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga ADUN PKR sebelum ini.

Saya tidak terkejut dengan berita itu kerana sejak mantan Menteri Besar Perak Tajol Rosli mengumumkan akan menggulingkan Kerajaan PR sebelum 31 Ogos tahun lepas, dalam benak saya sudah yakin pasti BN akan cuba menyogok ADUN PR untuk melompat parti. Apabila Ketua PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat Surat Akuan Bersumpah bahawa Najib pernah menawarkannya RM50 juta untuk mendapatkan ADUN Behrang dan Changkat Jering, saya juga tidak terlalu terkejut. Apa nak terkejut, dalam politik mana ada perkataan mustahil. Sogokan adalah satu pelaburan jangka panjang dan oleh itu persetankan nilainya, berapa juta sekalipun bisa diperolehi.

Bukan di Perak saja ada sogokan. Di Kedah, mantan ADUN Bukit Selambau dan ADUN Kulim juga melaporkan mereka cuba disogok sebanyak RM5 juta seorang.


Jika ada yang hendak buat laporan kepada SPRM mengenai tuduhan sogokan seperti yang didakwa oleh ADUN Malim Nawar dan Kuala Kurau itu, silakan. Saya tidak berminat untuk buat aduan. Yang saya berminat sekarang cuma untuk menuntut keadilan! Ini kerana saya sangat tidak berpuashati mengapa untuk ADUN Behrang, Changkat Jering, Malim Nawar dan Kuala Kurau di Perak Najib menawarkan sogokan dari RM20 ke RM25 juta? Tapi bila ia melibatkan sogokan untuk ADUN Bukit Selambau dan Kulim di Kedah, sogokan yang ditawarkan cuma RM5 juta sahaja. Mengapa untuk ADUN Perak Najib mampu sogok hingga RM20 juta seorang, tetapi bagi ADUN Kedah hanya RM5 juta sahaja? Lekeh sangatkah Kedah ini hingga nilai ADUNnya cuma seperempat sahaja dari nilai ADUN Perak?

Saya sungguh marah sekarang ini kerana saya kini menetap di Kedah dan memahami perasaan orang Kedah. Najib perlu tahu bahawa Kedah adalah negeri Jelapang Padi yang menghasilkan makanan ruji kepada rakyat Malaysia. Oleh itu Najib perlu adil dalam pengagihan wang sogokan. Jika nilai sogokan untuk ADUN Perak ialah RM20 juta, sepatutnya nilai yang sama diberi kepada wakil rakyat Kedah yang ingin berpaling tadah. Biar sama-sama dapat RM20 juta seorang baru adil!

Saya kini rasa sangat tidak berpuashati kerana ketidak adilan dalam nilai sogokan itu. Tetapi kepada siapa saya ingin mengadu? Mungkin saya perlu buat surat ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri meminta nilai sogokan untuk wakil rakyat Kedah dinaikkan sama dengan Perak. Saya juga akan tulis dalam surat itu mengesyorkan supaya nilai sogokan yang disama ratakan itu dimasukkan dalam teks ucapan bajet mini yang bakal dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Selagi nilai sogokan kepada wakil rakyat Kedah masih RM5 juta dan tidak dinaikkan ke angka RM20 juta saya akan selalu tidak berpuashati dan benak saya akan terus menjerit: ITU TIDAK ADIL!!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

kasutlama said...

APA KE JADAH NAK BAGI BERJUTA2 PADA ADUN YANG TAK BERGUNA TUH??.
KAN LEBIH BAIK BN BAGI PADA ORANG2 YANG SEKARANG NI BERKEADAAN SUSAH.
IKUT PEMIKIRAN BANGANG NIH, SUMUA TU ADALAH PROVO JER, SAJA NAK CARI IKLAN MURAHAN.
APA2 NTAH.

Anonymous said...

itulah politik namanya wahai tuan kasutburuk. kita ni punyalah kerja teruk, nak tukar kasut baru setahun sekali pun susah, yg depa senang-senang sogok juta-juta demi kesinambungan kuasa. tak patut betul. nak kata tak percaya ramai yg dah tunjuk bukti masuk politik dari miskin jadi kaya, dari naik kapcai boleh tukar BMW, dari bini satu jadi tiga, pada hal ngaji dulu SPM pun hancur.

ngapa tak caya? yang kes sogokan mahdzir khalid kpd adun kulim RM5 juta tu, dirakam lagi, tak caya dengan pita rakaman ker?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.