Thursday, February 5, 2009

Kedudukan MB Mengikut Perlembagaan Perak


Ada yang bertanya: apa yang disebut dalam Perlembagaan Perak mengenai kedudukan MB?


Jawapannya ialah:

Mengikut Fasal 16 (6) Perlembagaan Perak, Sultan boleh melucutkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), tetapi tidak termasuk Menteri Besar.

Menurut fasal itu, Menteri Besar hanya terlucut jawatannya selepas DUN dibubarkan dan pilihanraya baru diadakan sehingga kerajaan baru dilantik kemudiannya.

Jawatan MB juga akan terlucut jika ada undi tidak percaya dalam Sidang DUN Perak.

Berpandukan peruntukan itu agaknya MB Perak enggan meletakkan jawatan dalam rampasan kuasa tidak berdarah itu.

-pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.