Monday, February 9, 2009

Kekalkah Arumugam sebagai ADUN PKR?

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negari Kedah, V. Arumugam telah mengosongkan jawatan sebagai EXCO tetapi masih terus menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau. Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Arumugam merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.

Beliau menjadi perhatian banyak pihak ekoran cakap-cakap bahawa akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Barisan Nasional (BN). Beliau sebelum itu mengeluarkan kenyataan telah diasak teruk dan diancam oleh mafia-mafia BN supaya menyertai MIC.

Biasanya apabila seseorang mengeluarkan kenyataan seperti Arumugam untuk tidak lagi menjadi EXCO tetapi masih kekal sebagai ADUN, mereka sedang mencaturi sesuatu agenda tersendiri. Tidak lama lagi beliau mungkin akan mengeluarkan kenyataan menyertai MIC. Jika ini berlaku, ia tidak menghairankan dalam sistem demokrasi apa yang digelar sebagai 'demokrasi cap ayam' yang menjadi amalan umum di negara ini.

Kata sesetengah pemerhati politik, destinasi shopping ADUN seterusnya Najib selepas Perak ialah Kedah. Arumugam boleh mengiyakannya atau menidakkannya!

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

gotahlantun said...

SUKO SUKO KAU YOLAH NAK CAKAP APO.
ASALKAN KAU BAHAGIO..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.