Friday, February 6, 2009

Kempen Anti-Rampasan Kuasa Di Perak: Nyalakan Lampu Kenderaan Anda Hari Ini!!


KEMPEN MENENTANG RAMPASAN KUASA DI PERAK


Sebagai penyataan membantah rampasan kuasa yang diketuai oleh General Tak Bertauliah Najib, semua penyokong PAKATAN RAKYAT diminta memasang dan menyalakan lampu kereta bermula jam 12.00 tengah hari Jumaat 6hb Februari 2009 hari ini.


Kempen pasang lampu ini dilakukan di seluruh negara.



Nyalakanlah lampu kereta di mana sahaja anda berada di bumi Malaysia tercinta ini, terutama yang berada di atas jalan raya di Perak.

Jika terelihat ada lampu yang terpasang di jalan sebelahan, sila bunyikan hon tanda setiakawan menentang rampasan kuasa.

3 comments:

Anonymous said...

APAHAL LU ORANG NIH....!!

TAK PAYAH BIKIN KECOH LA...
LU BUAT KERJA LU, DAN BIAR DIORANG URUSKAN HAL ITU..

TIAP2 MASALAH ADA PENYELESAIANNYA, TAK PAYAH KITA TAMBAH LAGI PELBAGAI MASALAH...

BUANG MASA JE...
ABUK PUN TARAK.

pembunuhiblis said...

Betul kata anonymous, setiap masalah ada penyelesaiannya. Dan penyelesaian kpd masalah manusia perlu dilakukan oleh manusia sendiri. Lembu, kambing biri-biri, ayam katik, burung puyuh tak dpt selesaikan masalah Perak kerana ia masalah manusia. Haiwan hanya dapat selesaikan masalah spisis itu sendiri saja, bukan masalah manusia.

Memang bagi lembu, kambing biri-biri, ayam katik dan burung puyuh; seperti kata kamu semuanya itu buang masa sahaja. Tapi bagi warga Malaysia ia penting demi masa depan mereka.

Jika kamu warga Malaysia, kamu juga akan rasakan apa yang kami rasai. Tapi sayangnya kamu warga asing yg hanya datang utk cari makan saja di negara ini. Selamat cari makan, jangan rompak rakyat kami, jangan ganggu kami. Dan betullah seperti kata kamu: buang masa saja bincang politik Malaysia yg tak kena mengena dengan orang asing spt kamu!!

Anonymous said...

BUAT MEMBAZIR KAREN JER....
BATERY KONG SAPA NAK GANTI???.
LOPONG LAH KAU ORANG...!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.