Saturday, February 7, 2009

Kenyataan Ahbar Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan



Isu Menteri Besar Perak

1. Kami Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan ingin menyatakan pendirian kami bahawa Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar.

2. Kami berpandangan pendekatan dan amalan biasa adalah memutuskan sebarang keputusan melalui sidang khas DUN Perak. Justeru itu, sekiranya UMNO berwibawa mereka seharusnya memohon kepada Speaker Dewan DUN Perak untuk mengadakan sidang khas bagi menentukan kedudukan Menteri Besar dan barisan Exco.

4. Perkembangan yang berlaku sekarang, menggambarkan sikap kegelojohan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Keadaan ini juga, membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak berani dan yakin bahawa rakyat Perak akan memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional juga menjelaskan sikap yang tidak bermaruah dan memenuhi aspirasi demokrasi.

5. Kami dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan Barisan Exco pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin

Ahmad Idzam Ahmad
Presiden Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan.

(Sumber: Cina Islam)

3 comments:

Anonymous said...

Kepada pembunuhiblis, laman blog saudara telah saya forwardkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana kenyataan anda berbau mengugut "bunuh" iaitu menerusi petikan komen anda seperti berikut;

"Kurang ajar kepada Raja dlm masyarakat Melayu mempunyai sejarah yg panjang. Di zaman silam sudah ada peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang. Panglima kanan baginda sendiri yang membunuh Raja selepas isterinya dizalimi Raja.

Pepatah Melayu: Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah tidak sesuai dengan budaya Melayu, walaupun pepatah itu adalah pepatah Melayu. Kita harus mentaati Raja, kerana pemimpin politik bertukar ganti, namun Raja tetap di singgahsana.


Maklumat anda telah dihantar, dan siasatan sepatutnya akan dibuat.

Harap Maklum.

gotahlantun said...

HAAAH.....!!!
APASAL...??.
BERBAU UGUTAN...??.

HAAAA..... JAWAB LA KAU.. PENGKILLERIBLIS..
PADAN MUKA KAU...

anakmelayuperak said...

assalamualaikum..
70000 atau 100000 yang datang di perhimpunan MB yang menentang sultan tu ialah melayu bodoh yang datang dari luar perak yang tidak tau tentang perak..ni orang perak tulin nak bagitau...

sebelum pilihanraya PRU12, PR menang di perak..kami semua xde masalah sebab kami andaikan melayu memerintah, MB nizar..tapi bila kami tengok bilangan exco majoriti cina, melayu hanya 3 ( Pas 2, pkr 1 ) kami melayu perak tidak suka bumi melayu tergadai..ni ke dikatakan adil??? kenapa tidak letak bilangan exco sama banyak??? yang menyokong semua kena bodoh oleh MB nizar dan DAP..itu yang membuat kami melayu perak tulin mula meragui kerajaan perak dahulu ( MB nizar )..guna akal le..jangan cakap diri melayu kalo bangsa melayu sendiri tak dapat dipertahankan. kuasa melayu tidak dipertahankan..yang dilaungkan sekarang,. pemimpin islam ( MB Nizar )..tapi apa guna??andai berlaku undian...majoriti le menang..so alhamdulillah skrg BN memerintah yang kalo korang tgk dalam tu majoriti melayu, 1 dap...kenapa selama ni..masa DAP menguasai exco..PAS dan PKR tidak membantah dan melaungkan ALLAHUAKBAR sambil berarak??...tu namanya bodoh n buta tuli dalam menyokong. Menyokong MB nizar umpama menyokong cina. MB nizar bukan taknak turun tapi...keliling dia geng DAP yang tak benarkan dia berbuat demikian demi...secara logik??...mesti ada yang disembunyikan..hanya MB nizar dan DAP je yang tau.....ORANG MELAYU BESUT, KELANTAN, KEDAH, PENANG YANG IKUT BERARAK TU..BUKA MATA...JANGAN JADI MACAM LEMBU...IKUT JE..GUNA AKAL YANG ALLAH SWT BERIKAN PADA KITA TENGOK...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.