Tuesday, February 3, 2009

Keputusan SPR Yang Tidak Mengejutkan


Di tengah keyakinan banyak pihak bahawa satu pilihnraya kecil bakal diadakan di Behrang dan Changkat Jering, saya ada menulis dalam blog saya pagi tadi bahawa jangan hairan jika SPR membuat keputusan yang mengejutkan orang ramai!

Dan pagi tadi SPR memang membuat keputusan yang mengejutkan bagi ramai orang apabila memutuskan dua kerusi itu masih lagi disandang oleh wakil-wakil rakyat berkenaan kerana
wujud keraguan pada surat peletakan jawatan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu.

Mengapa dalam blog saya sebelum ini saya katakan mungkin SPR akan membuat keputusan yang mengejutkan ramai orang? Jawapannya ialah kerana pengalaman bekerja dengan beberapa agensi kerajaan mengajar saya memahami bagaimana sesuatu jentera kerajaan termasuk SPR bekerja. Jadi apa yang saya jangka berlaku telahpun berlaku: SPR membuat keputusan yang mengejutkan ramai orang, tetapi tidak mengejutkan saya!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.