Thursday, February 12, 2009

Kesian BN, Akhirnya Tembelang ADUN Changkat Jering Pecah Juga!!


Star Online
melaporkan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

Berani betul manusia bernama Osman itu, mahkamah pun cuba ditipunya, mahkamah pun cuba dipermainkannya! Mujurlah Wakil Rakyat yang sudah banyak kali pura-pura sakit itu tidak lagi menjadi anggota PKR, jika tidak imej beliau sebagai wakil rakyat pembohong dan penipu akan merosakkan nama PKR. PKR patut bersyukur kerana Osman tidak begitu terlewat untuk keluar PKR. Bayangkan jika kini beliau masih menjadi wakil rakyat PKR, nama dan imej PKR pasti akan tercemar dengan tingkah lakunya itu.

Yang kasihannya ialah BN, kerana Osman telah mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong BN. Kini nama dan imej BN yang tercemar teruk kerana isu rampasan kuasa di Perak menjadi kian buruk dengan adanya seorang Osman dan seorang Jamaluddin (ADUN Behrang) di dalamnya.

Changkat Jering yang diwakili Osman berada dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil sedikit masa lagi. Masalah peribadi Osman yang tidak boleh dipercayai itu akan menjadi beban yang tentu sukar untuk digalas oleh BN bagi menghadapi rakyat dalam pilihan raya itu.
Kesian, BN....


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.