Sunday, February 1, 2009

Kesian Dato Najib, ADUN BN Yang Dipanggil Pun Tidak Hadir


Kononnya pagi tadi Dato Najib telah memanggil mesyuarat tergempar dengan semua ADUN BN Perak di rumah beliau di Putrajaya bagi membincangkan situasi terkini politik Perak. Malangnya tiga ADUN yang pernah diwar-warkan akan melompat ke PKR tidak hadir. Mereka yang tidak hadir ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).


Malang sekali tidak semua yang hadir. Kesian Dato Najib, beliau telah cuba membeli belah sakan di Perak, tiba-tiba barang yang hendak dibeli gagal diperolehi. Apabila hendak menceritakan kejayaan membeli belah kepada geng, ada pula Yop yang tak hadir.

Kepada Dato Najib, jangan berhenti mencuba. Jika kali ini gagal, gunalah umpan yang lebih besar di masa hadapan. Buktikan kepada dunia betapa kotornya demokrasi kita.


Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.