Tuesday, February 17, 2009

Eli Letak Jawatan Membuat Khir Tersipu-Sipu Malu ~ Ruj. Malaysiakini


Malaysiakini melaporkan Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum. Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula jam 11.40 pagi di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.


Orang yang paling terkejut dengan keputusan Elizabeth pastilah Datuk Seri Khir Toyo yang kelmarin menyeru Elizabeth meletak jawatan.

"Ini (tidur separuh bogel) adalah tidak bermoral. Dulu Chua Soi Lek pun letak jawatan", kata Khir kelmarin. Difahamkan gambar Elizabeth yang tidur dengan memakai kain yang terselak diambil gambar oleh seseorang yang dipercayai bekas teman lelakinya.

Mengapa saya katakan Khir terkejut? Manakan tidak terkejut, kerana Khir tidak menjangka Elizabeth akan sanggup menawar diri untuk meletak jawatan. Khir pasti membandingkan Elizabeth dengan dirinya semasa menjadi Menteri Besar dahulu. Semasa beliau menjadi Menteri Besar, pelbagai tuduhan diajukan kepada BPR (kini SPRM) mengenai kes salahlaku beliau berkaitan pecah amanah dan rasuah. Tetapi Khir tidak mengindahkan tuduhan-tuduhan yang dikemukakan itu, walaupun ia disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Beliau ketika itu tidak pernah menawarkan diri untuk meletak jawatan, sebagaimana yang dibuat oleh Elizabeth hari ini.

Begitu juga apabila isu ADUN Pelabuhan Kelang dari UMNO, Zakaria Md Derus (Abang Z) membina mahligai besar tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan, Khir sebagai Menteri Besar tidak pernah menasihatkan Zakaria untuk meletak jawatan. Khir juga tidak menasihatkan mantan Ahli Parlimen Ampang, Dr.Rozaidah Talib yang didapati berkelakuan yang mencurigakan dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel untuk meletakkan jawatan, kerana mungkin bagi Khir ia bukan suatu perbuatan yang boleh dianggap sebagai salahlaku moral.

Kini apabila Elizabeth menawarkan diri untuk meletak jawataan, Khir pasti terkejut dan tersipu-sipu malu. Mungkin dalam hati beliau berkata, "Mengapa dulu ketika dituduh rasuah, aku tidak menawarkan diri untuk meletak jawatan? Mengapa juga aku tidak nasihatkan Abang Z dan Rozaidah meletak jawatan? Malunya aku apabila Eli sanggup buat apa yang dulu aku tak sanggup buat."

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

Salam sahabat, manusia kalau hatinya bersih akan memerima apa yg org lain kata, tapi kalau hati sudah menjadi hitam akibat makan benda haram tidak akan terbuka hatinya menerima apa pelajaran, nasihat dan teguran dari org sekelilingnya. Disini nak tanya cikit, hati Khir Toyo AKA Toyol tu hatinya bersih ke hitam?

pembunuhiblis said...

Elizabeth nie betul-betul letak jawatan atau 'test market' aje? Orang politik bukan boleh percaya sangat.

Tapi apapun, tahniah kerana Elizabeth ada keberanian. Kalau sesetengah orang tu, orang bagi batang penyapu pun masih tak mau berundur. Kalau tak caya tanya Khir, tanya Mat Taib.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.