Friday, February 6, 2009

Malam Bingit Hon Kereta Lebih 2 Jam Di Luar Kediaman MB


Malam yang damai tapi panas dan bingit! Itu yang boleh digambarkan dalam susana rakyat Perak dan negeri jiran yang malam tadi beramai-ramai berkumpul di kediaman MB Perak untuk menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa yang diketuai oleh General Tak Bertauliah Najib.

Ketika kira-kira 15,000 rakyat berbilang kaum memenuhi kediaman MB selepas mendapati destinasi asal perhimpunan di Stadium Perak dikunci, di atas jalan raya kenderaan pelbagai jenis yang bertali arus di depan kediaman MB terus-menerus membunyi hon selama lebih dua jam - sebagai menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin selaku MB Perak.


Hari ini Nizar berkata beliau akan bertugas seperti biasa, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Perak yang tidak mengiktiraf rampasan kuasa ala-gestapo.


2 comments:

Anonymous said...

poooooorah.....!

DULU MASA PEGANG KUASA APA YANG LU BUAT NIZAR???.

SEKARANG BARU TERHEGEH2....!
PADAN MUKA KAU...!!!!

pembunuhiblis said...

Betul kata anonymous, Nizar hanya tahu terhegeh-hegeh saja! Keparat betul!!

Patutnya dia bijak spt orang BN - kumpul kekayaan negara selama 52 tahun, nafikan biasiswa kpd org Melayu, ganti B.Melayu dengan Bahasa Inggeris dan pelbagai dasar lagi yg menyebabkan negaar ini diketawakan orang.

Mungkin dia baru 10 bulan main politik kot, kalau 52 tahun macam BN, agaknya dia busuk, meloyakan dan kotor macam BN juga?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.