Tuesday, February 10, 2009

Nizar Bakal Ditahan Di Bawah ISA?

Kabar angin bertiup kencang bahawa Dato' Seri Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak akan ditahan di bawah Akta zalim ISA atas alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka kepada Sultan.




Petang kelmarin Menteri Pelancongan, Azalina Othman dikatakan menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta zalim ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar kerajaan junta, Zambry Abdul Kadir berada di sebelah beliau.

Tapi sama ada berita yang bertiup kencng itu sahih atau sekadar berita angin hanya Syed Hamid selaku Menteri Dalam Negeri dapat mengesahkannya. Jika ISA itu dikenakan ke atas Nizar kerana beliau dikatakan menghina Sultan, tentu ramai yang bertanya mengapa Dr Mahathir dan menteri-menteri kabinetnya yang selama berbulan-bulan menghina Sultan semasa krisis perlembagaan pada 1983 dan 1993 dahulu tidak ditahan di bawah ISA?? Mengapa Shahidan Kasim, Idris Jusoh dan penyokong-penyokong UMNO mereka yang melakukan tindak tanduk menghina Raja Perlis dan Yang diPertuan Agong sejurus selepas PRU Ke-12 juga tidak ditahan di bawah ISA?

Jika Nizar dikenakan ISA pasti ramai yang akan mempertikaikannya. Orang akan nampak ia tindakan berpilih Syed Hamid: kroni aku buat tak apa, orang dari parti lain buat benda yang sama tak boleh!

Mengambilkira perkara-perkaar tersebut, saya lebih cenderung mengandaikan berita Nizzar bakal dikenakan ISA hanya berita angin dari pemburu berita yang terlebih cekap!

Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

NIZAR TU CAMPAK DALAM LUBANG JAMBAN JER..

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.