Sunday, February 8, 2009

Mengkritik Raja: Usah Melampau



Pada 1993, hanya kerana kesilapan seorang putera Raja di sebelah selatan Semenanjung yang memukul (atau terpukul) seorang rakyat negerinya, kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional (BN) melucutkan banyak kuasa Raja-Raja dan imuniti yang menjadi milik mereka. Hanya kerana marah seekor nyamuk, kerajaan kita yang dipimpin BN membakar keseluruhan institusi Raja. Mujurlah bakaran BN terhadap institusi itu tidak terbakar keseluruhannya. Institusi Raja masih ada hingga kini untuk rakyat berpaut, walaupun ia tidak segagah dahulu.

Kini sekali lagi institusi itu diuji. Hanya kerana satu keputusan baginda Sultan yang menimbulkan kontroversi, tiba-tiba institusi itu diserang. Sebelum ini laman web Pejabat Sultan Perak diserang, kini terdapat satu lagi kecenderungan tidak sihat apabila terdapat laman blog yang terang-terangan memuatkan artikel yang jelas kelihatan menghina institusi itu. Artikel-artikel sedemikian pula diekori oleh komen-komen pembaca lain yang acapkali menggunakan bahasa yang kesat, kasar dan keterlaluan terhadap Raja sehingga tidak tergamak untuk kita menjadikannya sebagai petikan.


Memang ramai yang marah kerana kerajaan yang dipilih rakyat digantikan oleh kerajaan yang dipilih pemimpin No 2 negara, Najib Tun Razak. Jika anda marah kepada BN tidak wajar sembah derhaka dengan bahasa yang tidak sepatutnya diucapkan kepada baginda, kepada seorang Raja berdaulat. Cukuplah dengan bahasa penghinaan yang diucapkan oleh UMNO Terengganu kepada Sultannya dahulu, cukuplah dengan bahasa penghinaan oleh UMNO Perlis kepada Rajanya dahulu yang dibuat sejurus selepas PRU ke-12. Cukuplah dengan episod hitam menghina Sultan dan Raja yang dimulakan oleh UMNO itu, janganlah pula kita mengulangi kesilapan yang sama.

Ramai yang marah, namun jika anda marah kepada BN tidak wajar sembah derhaka dengan bahasa yang tidak sepatutnya diucapkan kepada baginda, kepada seorang Raja berdaulat negara kita. Cukuplah dengan bahasa penghinaan yang diucapkan oleh UMNO Terengganu kepada Sultannya dahulu, cukuplah dengan bahasa penghinaan oleh UMNO Perlis kepada Rajanya dahulu yang dibuat sejurus selepas PRU ke-12. Cukuplah dengan episod hitam menghina Sultan dan Raja yang dimulakan oleh UMNO itu, janganlah pula kita mengulangi kesilapan yang sama.

Janganlah ulangi apa yang UMNO lakukan terhadap Raja kita.


Oleh: pendikar gunung kriang

1 comment:

anakmelayuperak said...

assalamualaikum..
70000 atau 100000 yang datang di perhimpunan MB yang menentang sultan tu ialah melayu bodoh yang datang dari luar perak yang tidak tau tentang perak..ni orang perak tulin nak bagitau...

sebelum pilihanraya PRU12, PR menang di perak..kami semua xde masalah sebab kami andaikan melayu memerintah, MB nizar..tapi bila kami tengok bilangan exco majoriti cina, melayu hanya 3 ( Pas 2, pkr 1 ) kami melayu perak tidak suka bumi melayu tergadai..ni ke dikatakan adil??? kenapa tidak letak bilangan exco sama banyak??? yang menyokong semua kena bodoh oleh MB nizar dan DAP..itu yang membuat kami melayu perak tulin mula meragui kerajaan perak dahulu ( MB nizar )..guna akal le..jangan cakap diri melayu kalo bangsa melayu sendiri tak dapat dipertahankan. kuasa melayu tidak dipertahankan..yang dilaungkan sekarang,. pemimpin islam ( MB Nizar )..tapi apa guna??andai berlaku undian...majoriti le menang..so alhamdulillah skrg BN memerintah yang kalo korang tgk dalam tu majoriti melayu, 1 dap...kenapa selama ni..masa DAP menguasai exco..PAS dan PKR tidak membantah dan melaungkan ALLAHUAKBAR sambil berarak??...tu namanya bodoh n buta tuli dalam menyokong. Menyokong MB nizar umpama menyokong cina. MB nizar bukan taknak turun tapi...keliling dia geng DAP yang tak benarkan dia berbuat demikian demi...secara logik??...mesti ada yang disembunyikan..hanya MB nizar dan DAP je yang tau.....ORANG MELAYU BESUT, KELANTAN, KEDAH, PENANG YANG IKUT BERARAK TU..BUKA MATA...JANGAN JADI MACAM LEMBU...IKUT JE..GUNA AKAL YANG ALLAH SWT BERIKAN PADA KITA TENGOK...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.