Monday, February 16, 2009

Patutkah Najib Meletak Jawatan Jika Gambar Beliau Sedang Mandi Tersebar?~Ruj:Malaysiakini



Malaysiakini melaporkan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam tadi berkaitan gambar-gambarnya yang sedang tidur berbogel yang kini tersebar di internet dan MMS. Difahamkan foto-foto yang dirakam di atas sofa rumahnya itu diambil tanpa kebenarannya itu kemungkinan diambil oleh seorang bekas teman lelakinya.


Bagai mengantuk disorong bantal, Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bingkas mendesak Elizabeth meletak jawatan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Ini (tidur berbogel) adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan," katanya kepada Malaysiakini.

Sama ada perbuatan Elizabeth tidur telanjang itu boleh digambarkan sebagai tidak bermoral bergantung kepada beberapa keadaan:

i) Adakah kelakuan seseorang itu di dalam rumahnya sendiri - makan, mandi, tidur, buang air besar dan buang air kecil dianggap tidak bermoral jika gambarnya di dalam keadaan sedemikian berjaya diambil oleh rakannya, musuhnya atau paparazzi yang khas diupah untuk tujuan memalukannya? Elizabeth dalam hal ini difahamkan diambil gambar ketika sedang tidur berseorangan di atas sofa rumahnya sendiri oleh bekas teman lelakinya.

Jika tidur dalam keadaan telanjang itu tidak bermoral, jika esok tersiar gambar Datuk Seri Najib sedang mandi telanjang di dalam kediamannya sendiri, wajarkah Khir Toyo menyatakan perbuatan Dato' Seri Najib itu sebagai tidak bermoral dan dengan itu Najib patut letak jawatan? Atau jika ada orang yang berjaya mengambil gambar Khir Toyo yang sedang buang air kecil separuh telanjang di dalam rumahnya, adakah perbuatan itu juga boleh dianggap sebagai tidak bermoral dan dengan itu beliau patut meletak jawatan sebagai ADUN dan Ketua Pembangkang Selangor? Atau bagaimana jika gambar seorang menteri sedang berjimak dengan isterinya yang sah disebarkan oleh paparazzi, adakah perbuatan yang sah disisi agama itu juga boleh dianggap tidak bermoral dan dengan itu menteri itu patut meletak jawatan? Jika semua benda yang kita lakukan didunia ini - tidur, mandi, buang air dan berjimak dengan pasangan yang sah disisi agama dan undang-undang dianggap sebagai tidak bermoral, maka ramailah wakil rakyat yang patut meletak jawatan kerana kehidupannya yang dianggap tidak bermoral.

ii) Dalam Islam, terdapat adab tidur, antaranya dianjurkan tidur dengan pakaian yang menutup badan. Tetapi Elizabeth bukannya penganut Islam dan kita tidak tahu sama ada dalam agamanya tidur telanjang itu diharamkan. Jika beliau tidur berseorangan dalam rumahnya dan tidur telanjang itu tidak diharamkan oleh agamanya, apa masalahnya hingga beliau perlu meletakkan jawatan? Lainlah jika Elizabeth itu Islam, tentu pandangan kita lain sedikit...

iii) Membandingkan kes Elizabeth dengan kes Dr Chua Soi Lek seperti yang diketengahkan oleh Khir adalah tidak masuk akal kerana natijah di antara dua kes ini berbeza, seperti beza antara langit dan bumi. Dr Chua sudah berkahwin, ada keluarga dan beliau melakukan sex dengan seseorang yang bukan isterinya yang sah. Elizabeth pula diambil gambar ketika dalam tidur dan beliau tidak menyedari gambarnya diambil. Mengambil gambar orang yang sedang tidur telanjang memang boleh menjatuhkan moral mangsa yang gambarnya diambil itu, tetapi bolehkah perbuatan yang sewaktu dengannya seperti mandi telanjang dan buang air kecil bertelanjang atau separuh telanjang di dalam bilik yang bertutup boleh juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak bermoral? Lainlah jika ada gambar Elizabeth sedang tidur dengan Dr Chua, Dr Khir Toyo atau Dato Seri Najib di sebelahnya, ia memang sah satu perbuatan yang tidak bermoral dan haram di sisi agama kita !

Beberapa minggu lepas wakil rakyat PAS, yang juga EXCO kerajaan negeri, Dr Halimah Ali telah didakwa oleh sebuah blog ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Walaupun pemilik blog itu kemudiannya telah meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu itu, namun ramai yang tertanya-tanya ketika itu, siapa pula yang akan 'kena' selepas ini? Dan hari ini kita telah tahu siapa yang telah 'terkena' - Elizabeth.

Kepada YB-YB PR dan BN, mereka harus berhati-hati ketika sedang tidur, mandi atau buang air kecil. Jangan tidur telanjang, mandi telanjang atau buang air kecil telanjang atau separuh telanjang dan berjimak telanjang atau separuh telanjang dengan pasangan anda yang sah, takut nanti anda mangsa seterusnya.......

Oleh: pendikar gunung kriang

4 comments:

Cheguman said...

Salam,
Saya setuju dengan pandangan saudara dalam beberapa perkara. Cuma saya melihat Dr Khir sekadar memainkan peranannya selaku pembangkang dan sesekali kelihatan tidak rasional. Saya percaya walaupun tidak semua tindakan beliau betul namun ada beberapa tindakan beliau yang dilihat 'janggal' sebenarnya sekadar sindiran terhadap pihak yang suatu masa dulu melakukan perkara yang sama. Cuma saya tidak pasti samada tindakan beliau itu menguntungkan beliau atau pihak lawan.

Saya sedang mencari sahabat yang mahu berjuang bersama saya mengembalikan keharmonian dalam negara.

Wassalam.

Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya ZiZi said...

Patut.

Jika tak mandi pun patut.

Jika mandi pun patut.

Anonymous said...

Salam PGK, ada beberapa pandangan saudara yg saya setuju tetapi jika dilihat sebagai seorang yang bergelar adun saya rasa perkara seperti ini tidak boleh timbul sama sekali.. tentu anda faham kan.. saya sedikit kecewa dengan mereka2 yg mempunyai isu seperti ini. tidak kira pemimpin dari mana2 parti sekalipun. tepuk dada tanya selera, kita yg memilih mereka. (betul la tidur bogel tu hak dia, tapi kalu ada bopren kat umah pesal nk tido bogel gak amoii.. aiyaa.. tadak pikir ke bopren lu nnt angkat lu punya 'tuttt..' lu pikir la sndiri..!!) tak perlu la kita nak tolong pikirkan benda positif kat diaorg ni.. sndiri tak nak pikir kan..(kalu gambar najib tengah mandi bogel tersebar, sape pulak yg selera nk ambik gambar dia, rosmah kot..! hahahahhaaa... lu pikir la sndiri!!!)chow..!

Anonymous said...

Kalau gambar Najib mandi kena ambik yang perlu letak jawatan ialah pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatannya. (Ketua Polis Negara? saya kurang pasti). Ini kerana kalau gambar boleh diambil maka bila bila masa sahaja boleh kena tembak, dibunuh, di culik di ugut etc.

Dalam kes Eli dia patut letak jawatan kerana sangat cuai dalam menjaga perihal hidupnya bukan pasal moral. Tak salah bagi beliau tidur begitu atau ada kekasih yang mengambil gambarnya atau video selepas atau semasa perhubungan intim sebab pegangan hidup beliau membenarkan beliau berbuat begitu dan mungkin juga gambar gambar itu untuk kenang-kenangan atau mungkin boleh merapatkan lagi hubungan beliau dengan kekasihnya. Itu hak peribadi beliau.

Tapi adalah salah dan kurang wajar beliau sebegitu cuai sehinggakan gambarnya tersebar kerana beliau ialah ADUN bukannya orang biasa.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.