Wednesday, February 4, 2009

Pembubaran DUN Perak Tidak Dapat Dielakkan Lagi

Akhirnya teka-teki mengenai masa depan politik Perak bakal berakhir tidak lama lagi. Berita dari atas angin sedang bertiup kencang Menteri Besar Perak akan menemui Sultan bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Kerajaan Negeri PR terpaksa mengambil langkah itu selepas 2 ADUNnya dari PKR tidak diiktiraf lagi sebagai ADUN PR, manakala Timbalan Speaker DUN dari DAP telah menyiapkan surat untuk keluar dari parti itu pagi tadi.

Pilihanraya kecil (PRK) menimbulkan pelbagai risiko dan ia tentu pilihan terakhir kepada Kerajaan Negeri. Setiap PRK pasti menelan kos berjuta ringgit. Ketika negara sedang dihimpit kemelesetan ekonomi, PRK nampak seperti tidak sesuai. Tetapi tanpa PRK, situasi politik Perak pasti makin bergelora. Jika Kerajaan Negeri tumbang, apakah Kerajaan baru yang merampas kuasa itu (BN) boleh menjamin keadaan akan menjadi lebih baik? Dengan kelebihan kerusi yang tidak seberapa untuk BN jika 3 ADUN PKR dan DAP menyeberang masuk, segala kemungkinan boleh berlaku.

Sebentar lagi Menteri Besar akan mengadap Sultan. Mungkin sekejap lagi Menteri Besar akan mengumumkan pembubaran DUN. Apa akan terjadi selepas ini, siapa pun tidak pasti. Berdasarkan 'mood' semasa rakyat hari ini, mungkin PR mengekalkan kuasa jika Pilihanraya diadakan sekali lagi. Namun dalam politik tiada yang mustahil!

Situasi ketidak tentuan politik serupa pernah berlaku di Sabah dahulu. Pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan pembentukan kerajaan baru oleh PBS, cuba mencetuskan kekacauan seperti apa yang dilakukan oleh BN terhadap PR di Perak sekarang. Di Sabah dulu kekacauan yang dicetuskan sungguh hebat hingga berlaku beberapa letupan bom. Sebagai penyelesaian PBS membubarkan DUN Sabah. Plihanraya semula diadakan dan PBS berjaya mengekalkan kerajaan dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya. Selepas itu politik Sabah terus aman damai hingga agenda rampasan kuasa seterusnya dilakukan oleh BN pada 1994.

Sekarang kita cuma tunggu dan lihat perkembangan politik Perak. Kepada rakyat Perak, bersabarlah Yob....

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.