Thursday, February 19, 2009

Penggantungan DUN Perak: Mengapa Double Standard?~ Ruj: Malaysiakini


Pensyarah Undang-Undang Prof Dr Aziz Bari seperti yang dipetik oleh harakahdaily menyatakan bahawa tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dr Zambry dan 6 EXCO kudetanya adalah satu tindakan yang sah mengikut peruntukan undang-undang negara ini. Malah apa yang Speaker Perak itu lakukan mengikutnya adalah selaras dengan amalan dewan perwakilan rakyat di negara-negara Komanwel yang lain.


Apa yang dinyatakan oleh Prof Dr Aziz Bari turut disokong oleh Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail. "Yang paling berkuasa dalam konteks Dewan ialah Speaker dan dia (Sivakumar) boleh mengambil apa-apa tindakan yang sesuai", kata beliau seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Yang menjadi tanda tanya kini ialah mengapa ramai dari kalangan pemimpin BN yang mempertikaikan kuasa Speaker itu? Bagi mereka yang masih belum nyanyuk tentu masih ingat banyak tindakan-tindakan Speaker Dewan Rakyat yang kelihatan tidak munasabah termasuk menggantung kehadiran Ahli-ahli Parlimen sesuka hati. Dalam rekod Dewan Rakyat, ramai anggotanya pernah digantung termasuk Karpal Singh dan Lim Kit Siang, kadang-kadang atas kesilapan yang sangat kecil. Walaupun pada mulanya timbul sedikit kekecohan, namun akhirnya mereka terpaksa akur dengan kuasa Speaker menggantung mereka. Itu kuasa Speaker, ikut sajalah!

Dan kini giliran wakil rakyat dari BN pula digantung oleh Speaker DUN Perak. Apabila wakil rakyat dari PR diigantung, pemimpin-pemimpin BN menepuk-menepuk meja Dewan Rakyat sebagai tanda sokongan terhadap tindakan Speaker, kini apabila mereka pula yang kena di Perak, tindakannya lain pula. Mereka tidak menepuk-nepuk meja atau menepuk-nepuk tangan menyokong arahan Speaker DUN Perak, tapi mengutuk malah Pak Lah mengugut untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Karpal Singh yang kaki heret orang ke mahkamah itu pun tidak pernah cuba membawa kes penggantungannya di Dewan Rakyat ke mahkamah, tetapi lain pula dengan Pak Lah dengan anak-anak buahnya itu! Sepatutnya jika di Dewan Rakyat mereka meminta kuasa Speaker dihormati, di DUN Perak juga mereka perlu menghormati kuasa Speaker. Janganlah double standard, itu kuasa Speaker, ikut sajalah!

Oleh: pendikar gunung kriang

5 comments:

kasutlama said...

KAH KAH KAH

BELUM MASUK DEWAN LAGI

KAH KAH KAH

TALI PUN TAK MASUK LEHER

KAH KAH KAH

MACAMMANA BOLIHY KENA GANTUNG???

KAH KAH KAH

Anonymous said...

It looks as if the Perak DUN Speaker has more power over and above his own Sultan in that he could even nullify the appointment made by the Sultan by suspending the new MB and his EXCO. Whatever is the DUN Speaker’s interpretation or whoever is advising him, it is ludicrous and absurd.

DUN Speaker Siva even thinks that he too has the power to declare a DUN seat vacant and to command SPR to hold a by election on an unsigned letter purported to be the resignation letters of two DUN members.

By the look of it, he thinks that he is above not only the Sultan but also the chairman of the election Commission.

My view of his recent act of suspending the new MB and his EXCO is a direct challenge against the authority of the Sultan and he could be liable to be detained under the ISA for undermining national security if not charged under section 121A of the Penal Code.

Assoc Prof Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Law lecturer IIUM

Bahasa Malaysia
Speaker DUN Perak seolah-olahnya mempunyai kuasa mengatasi dan melebihi Sultannya sendiri sehingga boleh menggantungkan MB Dato Zambri dan Exconya yang dilantik Sultan. Apapun tafsirannya dan siapapun penasihat undang2nya, ianya tafsiran yang peilk dan janggal.

Speaker DUN Perak Siva juga berfahaman bahawa dia juga berkuasa mengistiharkan mana-mana kerusi DUN kosong dan juga berhak mengarahkan SPR mengadakan pilihanraya kecil berdasarkan surat yang tiada bertarikh kononnya dua kerusi DUN adalah kosong.

Nampaknya, Speaker DUN Perak bukan sahaja mengatasi kuasa Sultan bahkan mengatasi kuasa pengerusi SPR juga.

Pada pandangan saya, tindakan Speker Dun Perak menggantungkan MB baru dan EXCOnya adalah suata tindakan mencabar kedaulatan dan titah Sultan dan suatu perbuatan yang membolehkannya ditangkap dan ditahan dibawah ISA kerana menggangu gugat keselamatan negara dan atau didakwa dibawah seksyen 121A Kanun Keseksaan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

pendikar gunung kriang said...

Kesian Raja-Raja Melayu..isu derhaka dipermainkan sewenang-wenang oleh pihak yang telah menderhaka Raja sejak zaman Ghazali Jawi 30 tahun dulu lagi. Dulu depa derhaka, kini orang yg kerap derhaka itu kata orang lain pula derhaka. Sebiji macam kisah perompak yang ingin melepaskan diri lalu menjerit,"Tolonggg...ada rompakan!"

Sayangnya perompak itu lupa dia sedang diperhatikan oleh manusia lain.

Aneh dunia akhir zaman ni kan?

Anonymous said...

Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak”.

Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact).

Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009.

Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,

PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak

Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?

Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai - Sultankah?

Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Anonymous said...

Perumpamaan seorang dipecat dari jawatan oleh majikannya, pekerja yang dipecat akan mencabar keputusan majikannya di Mahkamah Perusahaan (industrial court) bahawa pemecatannya adalah tanpa sebab dan tidak munasabah (without just cause n excuse).

Sementara menunggu Mahkamah membuat keputusan, apa hak si pekerja ini?

Apakah dia berhak pergi / masuk ke tempat kerjanya, mengambil dan menggunakan aset (harta) bekas majikannya?

Apakah dia berhak mendapat gaji dan elaunnya?

Bolehkah perkerja tersebut yang sudah dipecat mengambil dan menggunakan harta majikannya tanpa restu majikannya?

Adakah tindak tanduk sebegitu boleh ditakrifkan sebagai suatu perbuatan mencuri?

Pekerja yang dipecat biasanya menunggu keputusan Mahkamah dan tidak perlu hadir ke tempat kerjanya dan tidakberhak kepada gajinya (dan ealun), dan jika kelak mahkamah memutusakan dia dipecat tanpa sah dan sebab munasabah, maka dia layak kepada gajinya dari tarikh dia dipecat dan apa-apa ganti rugi yang patut dan wajar.

Maka saya bersependapat dengan kenyataan dibolg ini;;

http://pemudasubang.com/v5/?p=1042

beberapa petikan dari blog diatas;
Bekas MB Perak keliru?
March 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Perak
IPOH 27 Mac - Pemahaman bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa beliau berhak menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri sehingga mahkamah membuat keputusan kes siapa Menteri Besar yang sah adalah salah.
"Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, Mohammad Nizar sebagai pihak yang menuntut dalam kes itu mesti menyerahkan kenderaan rasmi itu terlebih dahulu dan menunggu keputusan mahkamah."

”Jika keputusan memihak kepada bekas Menteri Besar, barulah beliau berhak ke atas kenderaan itu dan pada lazimnya, beliau juga berhak mendapat ganti rugi yang setimpal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Persoalannya berbalik kepada penguatkuasaan undang2 (pendakwaan) seperti apa yang telah dinyatakan oleh Dato Seri Utama Dr Rais Yatim. Disnilah Penashat Undang 2 Negeri Perak perlu memainkan peranannya memberikan nasihat undang2 kepada Pentadbir2 Kerajaan Negeri Perak agar bertindak sewajarnya.

Pada masa yang sama. MB Dato Zambri Kadir dan Exconya berhak kepada gaji dan elaun mereka serta apa-apa imbuhan selari dengan tugas dan kedudukan mereka. malainkan Mahkamah kemudiannya mengataka perlantikkan mereka tidak sah, Dato Zambri dan exconnya berhak (seperti pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim) menjalankan tugas masing2 sebagai MB Perak dan exco kerajaan negeri selagi tiadanya injunksi mahkamah menghalang mereka (Dato Zambri) berbuat demikian.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang Awam)IIUM.

Sila lawati pendapat Dato Seri Utama Dr Rais Yatim (Sedikit petikan saja)

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090308000611/Article/index_html
Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?
Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah. Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA. Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia. Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.