Wednesday, February 18, 2009

Perihal Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung (GPMS)


Sejak lepas pilihanraya ke-12 yang lalu, banyak kali kelihatan wajah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Dato' Reezal Merican Naina Merican muncul di kaca TV. Setiap kali muncul di TV, beliau tersangat jarang bercakap mengenai soal pendidikan. Yang banyak disentuhnya ialah soal politik dan survival UMNO.

Saya selalunya tidak berapa memberi perhatian sangat terhadap apa yang Reezal cakap di TV, kerana saya sendiri pun tidak berapa faham hala tuju sebenar pertubuhan yang bergelar GPMS itu yang saya nampak lebih memaparkan wajahnya sebagai badan politik. Lagi pun wajah presidennya itu tidak sedikitpun nampak macam pelajar. Wajahnya lebih mirip bapa atau datuk kepada pelajar. Jadi apa pun yang Reezal cakap di TV saya biasanya hanya memberi perhatian sambil lewa sahaja.


Dan malam tadi Reezal muncul di TV lagi, kali ini dia memberi komen mengenai Elizabeth Wong yang kini sedang heboh dengan kisah tidur bogelnya itu. Saya tidak ingat apa yang dikatakannya di kaca TV, kerana seperti biasa, saya tidak memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang di katakannya.

Saya cuma memberi perhatian terhadap kaca TV, apabila tiba-tiba anak perempuan saya yang berusia 10 tahun bertanya, "Abah, GPMS tu apa?" sambil matanya memerhatikan nama Reezal dan jawatannya sebagai Presiden GPMS yang terpampang di TV.

"GPMS ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung", jawab saya.

"Jadi maksud huruf "M" dalam GPMS tu Melayulah", tanya anak saya yang sejak dari kecil memang sangat suka bertanya.

"Ya"

"Tapi mengapa pula ketuanya India?", tanya lagi anak saya, membuat saya terdiam sjenak.

"Salah tu, namanya Dato' Reezal, dia bukan orang India, dia...dia...dia Mamak", jelas saya.

"Jadi maksud huruf "M" tu bukannya Melayu..."

"Melayulah, sapa kata bukan Melayu?" soal saya.

"Tadi abah kata orang tu Mamak, jadi huruf "M" tu maksudnya Mamaklah, bukan Melayu!"

Saya ketawa agak kuat mendengar kata-kata anak saya itu. Rupanya hari ini saya belajar sesuatu yang baru dari anak saya: GPMS itu bukannya bermaksud Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung tetapi Gabungan Pelajar Mamak Semenanjung.

(Nota: Sesuatu yang anak-anak saya hingga kini belum tahu ialah di dalam darah saya ada setitik darah Mamak. Tak banyak, setitik saja, sebab itu tiada yang dapat mengesannya!)

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.