Tuesday, February 3, 2009

Pilihanraya Kecil: Jangan Heran Jika Ada Keputusan Yang Mengejutkan


Belum pun genap setahun selepas PRU ke-12, pilihanraya kecil (PRK) ketiga dan keempat bakal berlangsung, kali ini di Perak. Keputusan muktamad akan diketahui hari ini, sama ada PRK itu bakal berlangsung atau sebaliknya selepas SPR mengadakan mesyuarat di Putrajaya. Antara yang dibincangkan ialah kesahihan surat perletakan jawatan ADUN yang didakwa tanpa tarikh itu. Tunggulah pengumuman SPR sebentar saja lagi.


Bercakap tentang PRK ini saya sangat tertarik dengan pandangan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari yang antara lain berkata surat peletakan jawatan kedua-dua ADUN tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu.

"Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut. Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.

Bekas Pengerusi SPR, Dato Rashid juga memberi pandangan yang sama - PRK perlu diadakan. Sama ada surat perletakan jawatan itu sah atau tidak itu bukan kerja SPR untuk menentukan, kerana ia di bawah bidang kuasa mahkamah.

Jadi kesimpulannya PRK perlu diadakan. Politik Perak pasti panas menjelang PRK diadakan, apa lagi jika pilihanraya diadakan serentak di kedua-dua DUN.

Tapi jika pada tengahari ini SPR buat keputusan yang berbeza dengan menolak surat perletakan jawatan kediua-dua ADUN itu, maka senario politik Perak akan menjadi semakin panas dan bergelora. Ia menjadi semakin panas dan bergelora kerana jika keputusan sedemikian ditetapkan ruang terbuka luas untuk kedua-dua ADUN itu untuk melompat ke BN. Jika kedua-duanya melompat ke BN, Kerajaan Negeri PR hanya tinggal nyawa-nyawa ikan untuk dipertahankan.

Dalam politik semuanya boleh jadi. Apa lagi jika kuasa disalahgunakan. Jangan heran jika ada keputusan SPR yang mengejutkan!

Oleh: pendikar gunung kriang







1 comment:

Anonymous said...

Bismillahirrahmannirrahim
Disini adalah sekadar pandangan sepintas lalu saya, dan tentunya tertakluk pada apa yang terkandung didalam akta berkaitan pilihanraya. Persoalannya, apakah Pengerusi SPR dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil? Apakah suatu pilihanraya hendaklah dibuat sebaik sahaja mendapat notis kekosongan kerusi dari speaker dewan undangan negeri? Pada pendapat saya (tertakluk kepada tafsiran sebenar yang Mahkamah akan tentukan jika dibawa ke Mahkamah), tafsiran sebegitu pada pendapat saya terlalu simple (daif) untuk diterima. Apakah, Pengerusi SPR tidak ada budibicara atau hak mentafsirkan apa itu `kerusi kosong’? Apakah hanya kerana speaker dewan undangan negeri menghantarkan notis ada kerusi kosong, maka kerusi tersebut dikira kosong dan pilihanraya kecil hendaklah dibuat? Perlu diingatkan bahawa piihanraya melibatkan perbelanjaan yang bukan sedikit dan tidak seharusnya dibuat sewenang-wenangnya kononya ada kerusi kosong. Apa istilah dan makna `kosong’ itu sendiri perlu difahamkan mengikut apa yang Mahkamah faham atau putuskan. Sesuatu istilah ‘kosong` tidak sepatutnya dalam hal ini dilihat secara literal (tersurat) tetapi secara tersirat juga. Maka pada pandangan sepintas lalu saya, `kosong’ hendaklah bermaksud, kerusi itu kosong akibat kematian wakil rakyat tersebut, atau disebabkan sabitan kesalahan jenayahnya atau menjadi orang muflis yang menghendaki mereka letak jawatan, atau sah mereka itu meletakkan jawatan. Mengatakan kerusi itu kosong berdasarkan mereka-mereka itu `hilang’ beberapa hari saja, pada saya suatu tafsiran yang kelakar (absurd). Perlu ingat bahawa Akta Tafsiran seksyen 17A menghendaki sesuatu tafsiran itu menggunakan pendekatan maksud (purposive approach) bukan sekadar maksud yang tersurat. Maka wajarkah kehilangan mereka beberapa hari dianggap sebagai wujudnya kekosongan kerusi? Notis speaker tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, Pengerusi SPR perlu memastikan sebab kekosongan iaitu adakah sebab kematiannya, menjadi bankrap (muflis), disabitkan dengan bersabitnya pertuduhan kesalahannya (dipenjarakan), atau perletakkan jawatannya kerana sakit dan lain-lain lagi bukan sekadar hilang beberapa hari? Suatu surat kononya perletakkan jawatan yang ditandatangani March lalu (Mac 2008) bolehkah diterima pakai. jika ia, bila pula tarikh dan masanya, adakah pada bulan Mac 2008 atau bila-bila? Apakah perbuatan ini sah atau perletakkan mereka suatu paksaan? Apakah perletakkan jawatan secara paksaan boleh dianggap sah? Mahkamah perlu fikirkan samada mereka itu sebenarnya letak jawatan! sekian

Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2, IIUM
3hb Februari 2009

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.