Wednesday, February 11, 2009

Pilihnraya Kecil Bukit Selambau Tak Jadi?

Berita terkini dari pasaran berita atas angin menyatakan kedudukan kerusi DUN Bukit Selambau kemungkinan besar senasib dengan DUN Behrang dan Changkat Jering- tiada pilihan raya kecil akan diadakan!!

Sultan Kedah dilaporkan ingin mendengar daripada mulut V. Arumugam sendiri berhubung perletakan jawatan beliau yang hanya diterima menerusi sepucuk surat ke istana dan pejabat Menteri Besar. Malangnya hingga kini Arumugam tidak dapat dikesan di mana berada, walaupun ada berita yang menyatakan beliau kini sedang berada di Chennai, India.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula ketika ditanya kemungkinan tiada pilihan raya kecil bagi DUN Bukit Selambau memberitahu: "Saya tidak boleh bercakap tentang perkara itu... kita akan tengok berpandukan pada dokumen yang dilampirkan dan berasaskan pandangan penasihat undang-undang SPR."

Ketika kemurnian sistem demokrasi berparlimen negara ini semakin dipersoal, ketika kredibiliti SPR semakin tidak dipercayai; segalanya boleh berlaku di negara ini. Segalanya boleh berlaku, segalanya boleh berlaku....

Ingat: Jangan perkecilkan peranan tangan-tangan ghaib yang boleh mengubah semua keputusan. Jangan perkecilkan kekuasaaan dan kehebatan tangan-tangan ghaib itu. Awas!!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.