Tuesday, February 24, 2009

Rupanya Dia Spesis Katak Berlidah Biawak ~ Ruj Malaysiakini


Utusan Online melaporkan pagi tadi bahawa pihaknya telah menerima SMS dari Ibrahim Ali berbunyi: "Terima kasih sajalah, saya tak minat pun nak masuk mana-mana parti buat masa sekarang."

Itu apa yang Ibrahim katakan malam tadi kepada Utusan. Petang ini, tiba-tiba Ibrahim yang terkenal suka lompat parti itu berkata lain pula. Berita Harian Online melaporkan Ibrahim sebagai berkata beliau akan mempertimbang pelawaan menyertai semula Umno selepas mengambil kira pandangan pengundi di kawasannya.

"Saya amat menghargai pelawaan daripada Umno namun pada masa ini, saya sedang memikirkan banyak perkara termasuk mendapatkan maklum balas daripada penyokong.

Kalau nak terima saya, terimalah kelantangan saya selagi saya tidak melanggar disiplin tetapi kalau saya ada kes rasuah atau menjejaskan parti, silalah buang saya secepat mungkin tetapi jangan buang saya hanya kerana kelantangan saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen petang tadi.

Aiik.....belum pun genap 24 jam sudah berubah pandangan? Dulu Ibrahim ini terkenal dengan gelaran Raja Katak kerana suka melompat dari satu parti ke parti lain. Hari ini pula dia bercakap melompat-lompat, malam tadi kata tidak berminat dengan mana-mana parti tetapi hari ini pula kata dia sedia menimbangkan untuk menyertai UMNO.

Yang saya tahu katak hanya suka melompat, tetapi tidaklah pula tahu lidah katak pun boleh melompat-lompat juga, semalam kata lain hari ini kata lain. Atau ada spesis katak yang berlidah biawakkah di dunia fana ini?


Oleh:
pendikar gunung kriang

5 comments:

Anonymous said...

#

Spesis ini dipercayai mempunyai suara yang agak berlainan dengan mana2 katak yang wujud di seluruh dunia.
Kepada mana2 saintis yang berminat untuk mengkaji dengan lebih dalam mengenai kehidupan spesis ini, sila datang ke Malaysia dengan segera….

HAHAHAHAAAAAAAAAAA

Anonymous said...

rasanya pengkaji2 binatang pun takut
nak ambil katak sekor ni untuk buat kajian…sebab
keputusan kajian mungkin berubah2 setiap saat

drp dia orang pening kepala kaji katak ni lebih baik buat kajian bagaimana nak membiak katak sebenar yg boleh dijadikan bisness.

Anonymous said...

deeei tambi..!!
u tau tak..? ini lah satu2 nya pemimpin yang terbaik yang masih ada di malaysia nih..aku tabek spring sama dia.
ini ibrahim, tetap dengan pendirian dia.
orang bagus macam ni pun lu orang kasi kondem ka..!!
lu orang yang sebenarnya tarak guna.
aku sokong sama ibrahim ali.

Anonymous said...

aku setuju dengan anon diatas, sebenarnya blog ini yang hampeh.
tak membina punya blog.

Anonymous said...

aku sokong 600% pandangan anon no 3 & anon no 4. blog nie memang hampeh, asyik cerita kisah-kisah benar ajer. sekali sekala buatlah cerita tak masuk akal atau cerita-cerita karut yg memuja-memuja kaki rasuah yg ada dlm BN, baru ada kick.

pendekar kriang, lu punya blog karut punya blog,lain kali jilat-jilat la sikit najis UMNO yg meleleh memenuhi jalan-jalan di M'sia tu, baru best.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.