Saturday, February 21, 2009

Sabah Tukar Volvo: Media Kita Kena Sindrom Hilang Ingatan?


Saya bukanlah minat sangat dengan drama Melayu dan Indonesia yang disiarkan oleh RTM dan TV3. Tapi kadang-kadang apabila anak-anak dan isteri membuka TV, tidak dapat tidak, saya terpaksa juga menonton apa yang tersiar di hadapan mata. Kadang-kadang saya tidak melihat apa yang tersiar kerana sibuk dengan 'benda-benda' lain, tetapi telinga yang terbuka tetap mendengar bait-bait dialog di dalam siaran TV.


Salah satu dari segmen yang paling popular dalam drama Melayu dan Indonesia ialah kisah seorang watak tiba-tiba hilang ingatan. Selalunya ia terjadi kerana kemalangan. Hentakan yang kuat menyebabkan fungsi otak terganggu, justru watak berkenaan tidak dapat mengingati sesuatu peristiwa dalam hidupnya dalam jangka waktu tertentu, tetapi mengingati peristiwa-peristiwa lain dalam jangka waktu yang berbeza.

Kadang-kadang apabila melihat berita yang disiarkan oleh RTM, TV3, Berita Hairan dan Utusan Malaysia, saya melihat seolah-olah media kita telah terkena penyakit atau sindrom hilang ingatan yang sangat serius. Maksud saya, kedua-dua stesen TV dan akhbar-akhbar arus perdana kita itu mengingati sesuatu peristiwa untuk dilaporkan jika ia mengenai pihak yang ingin ditentangnya, tetapi untuk suatu peristiwa lain yang jalan ceritanya serupa tetapi membabitkan kerajaan, mereka tidak menyiarkannya, kerana seperti hilang ingatan terhadap peristiwa itu. Jika ia membabitkan kerajaan BN, media kita tiba-tiba hilang ingatan! Mungkin penyiar RTM dan TV3 hilang ingatan kerana telah terkena 'sumpahan' drama-drama Melayu dan Indonesia yang acapkali disiarkannya?

Kisah hilang ingatan RTM, TV3 dan akhbar-akhbar yang terbaru ialah mengenai pembelian kereta rasmi Toyota Camry oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perak di bawah PR. Berminggu-minggu apa yang digelar 'penyalah gunaan kuasa' oleh kerajaan PR itu disiarkan di dalam media kita. Berminggu-minggu kerajaan negeri PR dikecam kerana melakukan tindakan yang 'salah' kerana menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry. Sedangkan sebelum itu apabila Kerajaan Negeri Terengganu menggantikan Proton Perdana V6 dengan Mercedes E200, berita mengenainya tidaklah sekecoh itu. Selepas Perdana Menteri kata 'okey' dalam kes Terengganu, semua pihak turut kata 'okey' dan isu itu mati begitu sahaja dari layar TV dan akhbar. Tapi dalam kes Selangor dan Perak isu pembelian Camry terus dipermainkan selama berminggu-minggu, berbulan-bulan, kerana Perdana Menteri enggan kata 'okey'. Di Perak isu itu cuma terhenti apabila BN merampas kuasa di negeri itu pada 6 Februari lepas, jika tidak mungkin hingga hari ini masih ada pihak yang akan mempermainkannya tanpa jemu.

Minggu lepas sebuah kerajaan negeri lagi menggantikan Proton Perdana V6 dengan kenderaan lain. Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui BN didapati telah menukar kenderaan rasmi Proton Perdana kepada Volvo 2.5 cc. Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar kereta rasmi Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggaraan Proton Perdana yang tinggi. Yang agak pelik di Sabah ialah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan, sedangkan untuk Proton ianya ada di merata tempat. Tetapi Volvo juga yang dipilih. Dan ia bukan kes 'penyalahgunaan kuasa' seperti tuduhan terhadap langkah Kerajaan Negeri Selangor dan Perak dahulu.

Bayangkan jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menukar Proton Perdana ke Volvo, bayangkan. Agaknya jika kerajaan-kerajaan negeri tersebut menggunakan Volvo ia akan menjadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya dengan pelbagai ulasan negatif selama berminggu-minggu dan berbulan-bulan tanpa jemu. Namun dalam kes pembelian Volvo oleh Kerajaan Negeri Sabah ini, pihak TV dan akhbar tidak melaporkannya, jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta Kerajaan Negeri Selangor dan Perak sebelum ini.

Mengapa jika ia membabitkan kerajaan negeri Selangor dan Perak dulu pihak TV dan akhbar mensensasikannya, tetapi apabila ia melibatkan kerajaan negeri di bawah BN ia dilupakan? Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia berlaku mungkin kerana pihak media kita terkena sindrom hilang ingatan. Media berkenaan boleh mengingati sesuatu peristiwa yang membabitkan kerajaan negeri PR, tetapi melupakan peristiwa lain yang sama cerita dengannya yang dilakukan BN kerana sindrom hilang ingatan itu.

Memang kesian dengan nasib media kita yang terkena sindrom hilang ingatan itu. Jika ada pegawai perubatan yang terbaca blog ini, harap mereka dapat memaklumkan ubat yang sesuai bagi memulihkan kembali ingatan media kita ini. Tidak tahan melihat derita yang mereka tanggung akibat sindrom hilang ingatan itu.

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Anonymous said...

Ubatnya adalah Vitamin Z

Apa itu Vitamin Z ? sila rujuk komen Minda Tenang dalam laman blog "Penarik Beca" Artikel "UMNO. BN dianggap Musuh" (Page 4) (komen paling bawah sekali) seperti berikut:
Orang UMNO dan BN ni dah tak boleh diubati lagi. Kalau nak berubat juga kena bagi supliment Vitamin Z.

Nak tahu Apa itu Vitamin Z:

Vitamin Z:
Kandungannya: adalah bahan kimia yang amat merbahaya bersifat tajam seperti mata pedang Zoro, sekali pacung terus terkubur.
Kegunaannya: adalah untuk orang yang berpenyakit amat merbahaya dan mudah berjangkit antara sindrom-sindrom penyakit ini adalah; Zalim, suka meracau macam Zionis, perlu dikuaratinkan ditempat-tempat seperti di Zoo (Zoo Negara, Zoo Taiping Zoo orang Hutan Bukit Merah, Zoo Melaka). Perlu dikuburkan di muZium dan khutubkhanah Zaman. Jika tak dikuburkan betul-betul boleh bangun semula menjadi Zombie

Kesan sampingan: boleh mempengaruhi media-media tempatan terutamanya RTM, Media Prima dan seumpamanya.

Dihasilkan di: Suatu negara berbagsa Yahudi digelar Zionis.

Caution : Vitamin Z juga digelar pil pembunuh diri supaya orang lain yang sihat tidak dijangkiti, Amat merbahaya terutama kepada umat manusia.

Amaram KKM: Jauhi dari kanak-kanak berumur 1 hari hingga 1000 tahun.

---MiNdA tEnAnG-----


Anonymous
Saturday, February 14, 2009 1:13:00 PM MYT Pengumuman Terbaru:

VITAMIN Z JUGA MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN BERIKUT:
BOLEH MEMPENGARUHI PIHAK POLIS TERMASUK KETUA POLIS NEGARA.
BOLEH MEMPENGARUHI SEMUA RAKYAT TERMASUK SULTAN PERAK.
BOLEH MEMPENGARUHI BADAN PERUNDANGAN TERMASUK KETUA HAKIM NEGARA.
DIRAMALKAN JUGA BOLEH MEMPENGARUHI SEGALA BENTUK SURUHANJAYA SEPERTI SPR, SPRM DAN SEUMPAMANYA.

JADI SEMUA PERLU BERHATI-HATI PENEMUAN BARU INI BARU DISAHKAN OLEH KUMPULAN PENEYELIDIK KAMI SEJAK SITUASI MEMERANJATKAN DI MAKMAL BARU KAMI (DI PERAK) BARU-BARU INI. HARAP BERHATI-HATI.

----MINda teNANG-----

pendikar gunung kriang said...

anon,

Tolong hantar sedozen vitamin itu kepada setiap media kita yg dah hilang ingatan tu. Kesian dan tak tahan tengok depa meroyan dan merapu setiap hari

Anonymous said...

AKU SETUJU KALAU SABAH BELI HELI SORANG SATU, SUPAYA SENANG NAK TURUN PADANG, ALMAKLUMLAH JAUH ANTARA SATU TEMPAT KETEMPAT YANG LAIN.
BARU LAH GAH...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.