Wednesday, February 4, 2009

Sah DUN Perak Bubar

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin petang ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta-merta.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah jam 5 petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda terhadap pembubaran DUN itu.

Beliau terpaksa mengambil tindakan tersebut selepas ADUN Bota melompat ke BN semula, manakala 2 ADUN PKR dan 2 ADUN DAP dijangka mengumumkan kemasukan mereka ke BN dalam satu sidang akhbar dengan TPM, Dato Seri Najib sebentar lagi.

Yang jadi persoalannya ialah adakah Tuanku Sultan akan memperkenankan pembubaran DUN Perak itu? Atau mengambilkira perkembangan semasa dengan kemasukan 4 ADUN PR dan ADUN Bota ke BN, baginda akan membuat keputusan yang berbeza?

Kotornya orang-orang poitik, tak dapat cara baik, rampasan kuasa berpelembagaan diusahakan!!

Sekarang kita tunggu pengumuman Nizar dan Najib...Pat-pat suku lipat, siapa cepat dia dapat!!

pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.