Monday, February 16, 2009

SAHABAT: Wahai Orang Melayu, Masihkah Kau Ingat Penghinaan UMNO Kepada Raja-Raja Melayu?

Malam tadi TV3 memaparkan mengenai kenyataan sebuah pertubuhan yang menamakan dirinya sebagai Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (SAHABAT)), yang menyeru semua pihak khususnya orang Melayu supaya mengembalikan semula kekebalan kuasa Raja-raja Melayu sekiranya mahu melihat mereka memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan dalam arus politik negara ini.

Presiden dan pengasas Sahabat, Syed Hussain Syed Mansur AlShahab berkata, jika kekebalan itu tidak dikembalikan, maka suatu hari nanti akan ada perkara yang lebih dahsyat akan berlaku seperti di Perak dengan perbuatan menghina, menderhaka dan cubaan meruntuhkan kedudukan Raja-raja Melayu.

Seramai 200 anggota Sahabat lengkap berpakaian baju Melayu hitam, bertanjak atau bersongkok dan berkeris berbaris dalam pertemuan berkenaan.

Apabila mendengar kenyataan Pak Habib mengenai kes 'penderhakaan' di Perak dan seruan supaya dikembalikan semula kekebalan kuasa Raja-Raja Melayu, saya tidak dapat mengelakkan untuk tersenyum hingga ke telinga. Mana tidak senyum, yang dituduh derhaka di Perak orang lain, yang menyebabkan kekebalan kuasa Raja-Raja itu dihapuskan pula orang lain. Kisah penderhakaan UMNO terhadap Raja sejak zaman Ghazali Jawi pada tahun 1970an, pindaan perlembagaan yang menghakis kekebalan Raja-Raja pada 1980an hingga 1990an dan episod penderhakaan Idris Jusoh dan Shahidan Kassim pada 2008, semuanya dilakukan oleh watak-watak penting dalam UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNOlah yang menghakis kuasa Raja-Raja dan mereka jugalah yang telah menderhakai Raja-Raja Melayu sejak 3 dekad yang lalu lagi.

Atau mungkin Pak Habib mengeluarkan kenyataan menyeru kekebalan kuasa Raja dikembalikan itu sekadar untuk mengingatkan kembali orang-orang Melayu kepada episod 1993 di mana Raja-Raja Melayu dihina, dicerca dan diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hampir setiap hari selama berbulan-bulan dalam media arus perdana kita?

Untuk makluman Pak Habib rakyat yang masih bernafas pada 1993 dan dipanjangkan usia dengan fikiran waras pada hari ini tidak akan pernah lupa episod hitam penghinaan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu itu. Malah kebanyakan mereka jika ditanya pasti tidak akan memaafkan kebiadapan UMNO terhadap Raja-Raja ketika itu.

Seperti tajuk lagu Kopratasa 'Masihkah Kau Ingat,' orang Melayu pasti sentiasa mengingati apa yang pemimpin UMNO pernah lakukan terhadap Raja-Raja mereka. Dan perbuatan itu tidak dapat dimaafkan walaupun hari ini orang dari parti yang sama melaungkan perkataan 'daulat Tuanku' dengan dibaluti wajah jengkel yang jelas sangat hipokrit!

Oleh: pendikar gunung kriang

3 comments:

Pak Oncu said...

UMNO MUDAH MENJILAT KAHAK SENDIRI!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

org melayu skrg ni mana ingat dah sejarah UMNO derhaka pd raja depa tau sokong UMNO ja tk kira lah puak ni mkn taik pun ikut sekali ni lah melayu moden lg mngaji byk lg pekak pasal tk mau mngaji agama lgsung dok kira pmbngunan punya lah bengong...selagi kita tk mau kpd islam lg tu lah ngr tk aman ..islam bkn mai dr PAS tp di jadikan oleh ALLAH s.w.t dn kita sbg muslim kna yakin bhw islam tu sempurna dlm semua aspek kalau tk yakin jgn jd org muslim lbg baik jd binatang dah tentu dah tk dak dosa pa...

Anonymous said...

kalau dah brani derhaka pada Allah, pada agama, nak heran apa derhaka pada raja.. betul tak? pada saya skarang ni dah tak perlu kita bukak blog dan cuba menangkan mana-mana parti samaada utk kepentingan atau tidak sama skali. sepatutnya bukak blog seru org2 islam sekarang ni, terutama remaja2 yg dah mcm takde pegangan agama, yg dah takde moral or akidah. kenapa kita nk susah payah nk perdebatkan parti itu or ini. terus saya nyatakan disini kebanyakan ahli-ahli politik (tidak semua, tp yg paling saya hormati adalah Guru Nik Aziz tp tidak dalam hal ehwal politik) sama saja perjuangan. Untuk kepentingan diri sndiri, mana ada dah yg nak berjuang untuk rakyat, bangsa dan lebih2 lg la agama.. kita lebih mengagung-agungkan perkara politik dari hal2 agama.. sedih2! lu pikir la sendiri..!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.