Monday, February 9, 2009

Sahkah Perletakan Jawatan Arumugam Sebagai ADUN?


Akhirnya ADUN Bukit Selambau yang bernama Arumugam itu sah meletak jawatan sebagai ADUN, seperti yang diumumkan oleh MB Kedah sebentar tadi. Mengikut peraturan pilihanraya, satu pilihanraya kecil akan dipanggil oleh SPR dalam tempoh 60 hari.


Tetapi mengambilkira kes DUN Changkat Jering dan Behrang dahulu, ada pula yang bertanya: sahkah surat perletakan jawatan Arumugam itu? Jika SPR memutuskan surat itu tidak sah, tiadalah pilihanraya. Jadi Arumugam masih kekal sebagai ADUN, tidak kiralah ADUN atas nama PKR, bebas atau MIC (tapi kena lompat parti dahulu).

Tapi jika surat perletakan jawatan itu sah, jadilah pilihanraya.
Pilihanraya kecil keempat selepas Permatang Pauh, Kuala Terngganu dan Bukit Gantang. Aduh, banyaknya pilihanraya dalam tempoh 2 tahun ini! Entah berapa banyak pula yang bakal habis duit rakyat untuk kos mengendali pilihanraya dan membeli undi untuk BN tidak tahulah.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.