Saturday, February 14, 2009

Sarawak Sebahagian Dari Malaysia Atau Republik Merdeka? ~ Ruj: Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua selepas M. Gobalakrishnan yang disenarai hitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu. Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tengahari tadi.

"Selepas menunjukkan kad pengenalan saya, pegawai imigresen memberitahu saya, "Sorry, ada masalah'. Lima belas minit kemudiannya, seorang pegawai kanan imigresen memberitahu yang nama saya telah disenarai hitamkan," katanya ketika dihubungi.

Lebih dua dekad lepas, ketika Harris Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah, beliau melarang Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP daripada menjejaki kaki di Sabah. Alasannya: dia tidak mahu Lim menggugat kestabilan politik Sabah. Tapi itu cerita lebih dua dekad lalu, ketika negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih baru hendak menyesuaikan diri dengan pembentukan Persekutuan Malaysia. Tidak sangka pula selepas 52 tahun merdeka, masih ada pemimpin yang mentalitinya masih seperti yang difikirkan oleh Harris Salleh lebih dua dekad lalu.

Apabila Sivarasa tidak dibenarkan menjejakkan kaki di Sarawak, pihak Imegresen tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanyalah pegawai kerajaan yang perlu mematuhi arahan Kerajaan Negeri. Yang menimbulkan persoalan - apa yang dikhuatiri sangat oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud sehingga tidak membenarkan Sivaraa memasuki negeri itu? Apakah beliau yang telah mengecap kekuasaan sebagai Ketua Menteri selama 26 tahun itu gentar dengan seorang Sivarasa yang mungkin menggugat kekuasaannya di Sarawak? Mungkinkah beliau takut kemaraan PKR di Sarawak bakal merobek cengkaman kuasa BN negeri dan seterusnya menggagalkan hasrat Ketua Menteri berusia 71 tahun itu untuk berkuasa 5 tahun lagi bagi mencipta rekod antara Ketua Kerajaan Negeri yang paling lama berkuasa di Malaysia, Asia dan duniaselama 30 tahun?

Kadang-kadang apabila mengenangkan polisi kerajaan negeri yang pelik seperti ini - tidak membenarkan rakyat Malaysia menjejaki sesebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia sendiri - kita akan tertanya-tanya:Sarawak ini sebahagian dari Malaysiakah atau sebuah republik merdeka? Betapa berkuasanya orang tua yang berusia 71 tahun itu yang menganggap dirinya seperti tuan tanah kepada Sarawak yang boleh dilakukan sesuka hatinya. Betapa berkuasanya beliau yang berlagak seperti James Brooke yang telah menabalkan dirinya sendiri sebagai Raja Brooke, Raja kulit putih yang paling berkuasa di Sarawak di abad ke-19 dahulu.

Cuma yang membezakan James Brooke dengan Taib Mahmud ialah Brooke berkulit putih, tetapi Taib berambut putih dan berkahwin dengan wanita kulit putih. James Brooke menjadi Raja Sarawak selama 26 tahun (1842 - 1868), tetapi Taib cuba menjadi Raja selama mungkin melebihi dari 26 tahun!

Oleh: pendikar gunung kriang

2 comments:

paloi bin mulau said...

itulah yg dipersetujui apabila malaysia dibentuk dulu. hehehehe mcm kuasa sultan pulakkan. boleh haramkan org pijak negeri dia :)

Observer said...

Tak guna pun, boleh larang orang baik macam Pakatan Rakyat, tapi Sarawak tak boleh halang kemaraan kejahatan BN dan UMNO.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.