Tuesday, February 17, 2009

Satu Lagi Bukit Bakal Kosong

Mula-mula Bukit Gantang, kemudian Bukit Selambau dan kini Bukit Lanjan? Dua bukit sudah sah kosong, satu bukit lagi bergantung kepada pengumuman Elizabeth Wong yang akan membuat kenyataan penting mengenai kedudukannya sebagai ADUN dalam sidang akhbar pada jam 11.00 pagi ini di Ibu Pejabat PKR.

Adalah difahamkan Elizabeth, Exco Kerajaan Negeri Selangor, akan menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ADUN ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum. Pengumuman mengenainya dijangka akan dibuat dalam sidang akhbar pagi ini. Semalam, Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu.

Mungkin tengahari nanti kita dapat mengetahui sama ada bukit ketiga ini bakal kosong atau sebaliknya. Tungguuuu...

~pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.