Monday, February 9, 2009

Shafie Kata Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pencemar Institusi Raja; Anda Kata Apa?


Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, hari ini berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang sengaja mencabar undang-undang negara termasuk mencemar institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

Apa yang Shafei katakan itu saya rasa semua rakyat sokong. Tapi apakah tindakan tegas telah diambil terhadap pencemar institusi Raja selama ini:

i)Apa tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan terhadap Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin BN pada 1983 dan 1993 yang mengeluarkan kenyataan (lebih tepat: pencercaan) terhadap Raja-Raja Melayu ketika krisis perlembagaan dahulu?

ii) Apa tindakan yang telah diambil kerajaan terhadap Idris Jusoh dan UMNO Terengganu sejurus selepas PRU Ke-12 yang melakukan tindak tanduk menghina Yang Di Pertuan Agong?

iii) Apa tindakan yang telah diambil kerajaan terhadap Shahidan Kassim sejurus selepas PRU Ke-13 yang melakukan tindak tanduk menghina Raja Perlis?

Sudah diambil tindakankah? Jika kerajaan belum ambil tindakan, bilakah gerangan kerajaan hendak ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin BN yang telah begitu lama melakukan tindak tanduk mencemar institusi Raja itu? Tak kan nak pejam mata sebelah saja kot, Shafie?

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.