Thursday, February 5, 2009

Siapa Yang Dimaksudkan Sirul, Dia Tu Ke?



Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Tentu ramai yang bertanya siapa gerangan yang dimaksudkan Sirul sebagai orang yang 'tidak berada dalam mahkamah ini'? Ada yang berkata orang yang dimaksudkannya itu ialah Razak Baginda, tetapi Razak pernah berada di mahkamah sebelum ini. Jadi siapa orangnya? Tak kan pula orang yang dimaksudkannya itu ialah boss Razak pula?

Hanya Sirul yang tahu jawapan sebenarnya. Kita mungkin cuma boleh meneka-neka dalam hati: orang tu ke?

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.